Friday, January 27, 2017

Usaha untuk Tadabbur Al-Quran

بسم الله الرحمن الرحيم



" Korang belajar Bahasa Arab, mesti senang faham Al-Quran."
Teringat kata-kata mak ketika kami di zaman sekolah dulu.

Belajar Bahasa Arab memudahkan untuk memahami Al-Quran jika berusaha untuk memahami dan tadabbur Al-Quran.

Sebaliknya, jika belajar Bahasa Arab, tetapi tidak berusaha untuk memahami Al-Quran, tidak boleh juga nak faham Al-Quran.

Ia perlu kepada renungan dan fokus.

Begitu juga ia tidak cukup sekadar dengan belajar Bahasa Arab untuk faham Al-Quran, ia juga perlu disusuli dengan merujuk kepada kitab-kitab tafsir yang muktabar agar apa yang kita fahami itu betul dan selari dengan tafsir.

Teringat kisah ketika beberapa bulan yang lalu ketika Abdul Rahman (10 tahun) menghafaz Surah Ibrahim mukasurat 260.

Ketika sedang hantar hafazan, bila membaca ayat:

رَبَّنَا إِنِّي أَسْكَنْتُ مِنْ ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ عِنْدَ بَيْتِكَ الْمُحَرَّمِ رَبَّنَا لِيُقِيمُوا الصَّلَاةَ فَاجْعَلْ أَفْئِدَةً مِنَ النَّاسِ تَهْوِي إِلَيْهِمْ وَارْزُقْهُمْ مِنَ الثَّمَرَاتِ لَعَلَّهُمْ يَشْكُرُونَ


"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur.


Abdul Rahman bertanya:
"Kenapa mula ayat tu ربنا dengan lafaz jamak, perkataan selepasnya إني dengan lafaz mufrad?"


............................
Errrr........... mama dah beratus kali hafal ayat tu, tapi tak pernah terlintas pun soalan tu.


Allah.....


Kenapa mula dengan lafaz 'kami' dan perkataan selepasnya perkataan 'saya'.?

JAWAPAN:

1- DHOMIR Kami digunakan dalam perkataan ربنا kerana menunjukkan Tuhan kepada Nabi Ibarahim dan zuriatnya

2- Dhomir mufrad , ana ,digunakan dalam إني kerana perintah adalah kepada Nabi Ibrahim seorang.

rujuk:
التفسير الكبير
تفسير أبي السعود
نظم الدرر في تناسب الآيات والسور

Semoga Allah kurniakan kita hati yang mampu tadabbur ayat-ayatNya. AMIN YA RABB...

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...