بسم الله الرحمن الرحيم
Allah ciptakan manusia dengan sifat serba kekurangan.
Kesempurnaan hanyalah milik Allah sahaja. Allah itu Maha Sempurna.
Manusia itu lemah dan punya banyak kekurangan.
Kerana itulah kita perlu saling menyempurnakan antara satu sama lain.
Kita seorang sahaja tidak hebat.
Jika bukan kerana Allah yang menutup keaiban diri kita, tiada kehebatan yang dapat dilihat oleh orang lain. Kerana itu janganlah sombong, bongkak dan besar diri.
Kita seorang sahaja tidak hebat.
Jika bukan kerana Allah yang menutup keaiban diri kita, tiada kehebatan yang dapat dilihat oleh orang lain. Kerana itu janganlah sombong, bongkak dan besar diri.
Perbanyakkanlah melihat sifat positif yang terdapat pada orang lain dan belajarlah dan ambillah hikmah daripadanya.
Saya melihat ramai orang yang berbeza mempunyai nilai positif yang berbeza.
Sebagai contoh:
Si A kekuatannya adalah pada sifatnya yang rajin bekerja dan menepati masa.
Si B pula kelebihannya adalah pada kemahirannya berkomunikasi dengan orang lain.
Yang C pula dianugerahkan Allah kelembutan dalam mendidik, pandai menyentuh hati orang yang diseru.
Begitu juga dengan nilai positif yang saya dapat lihat pada diri si X.
Si X sangat tidak suka bersembang buruk tentang orang lain.
Mengenali beliau lebih dari 12 tahun membuat saya sering melihat reaksi beliau yang amat tidak selesa apabila ramai orang berkumpul bersembang tentang keburukan orang lain.
Rasa gelisah beliau jelas terpancar dari tindak tanduk beliau apabila 'majlis mengayam ketupat' dijalankan.
Hatta dengan orang yang amat rapat dengan beliau pun, si X tidak mahu bercerita tentang keburukkan musuh yang dibencinya.
Kata si X:
"Apa gunanya kita bersembang tentang keburukan, kejahatan dan aib musuh, buat kita tambah dosa dan sakit hati sahaja."
Begitulah sikap positif yang saya dapat ambil dari si X.
Saya belajar untuk berhenti mengumpat di hadapan beliau.
Tindak tanduk beliau walaupun beliau tidak membuka mulut memberi isyarat betapa beliau tidak suka bercakap buruk dan tidak suka mendengarnya.
Bahasa badan beliau cukup memberi gambaran bahawa beliau tidak mahu meneruskan perbualan yang dimurkai Allah itu.
Siapakah si X?
Biarlah rahsia, agar ia tidak menjadi fitnah kepada beliau.
Doa saya agar Allah berkati hidup beliau, memelihara beliau, dan memberi ganjaran yang berganda-ganda kepada beliau kerana sikapnya yang meninggalkan cakap buruk, mengumpat orang.
Amin
No comments:
Post a Comment