بسم الله الرحمن الرحيم
"Mama, kawan adik tempah Tat Telur dengan adik. Depa suka Tat Telur yang kami buat dan bawak pi sekolah hari tu. Jom kita buat."
Berkali-kali Abdullah mengajak membuat tat telur untuk rakan-rakannya di sekolah.
Dua hari yang lepas sudah mereka buat tat telur, tapi dah habis pula... sedap! Alhamdulillah.
Sebelum ini mereka sudah berkali-kali membuat tat telur sendiri, cerita kali pertama mereka menghasilkan tat telur dengan sendiri dari awal penyediaan bahan hingga membersihkan dapur ada diceritakan di sini:
Abang Abbudey pula sedang tasmik Al-Quran dengan baba, jadi Abdullah meminta mama menemaninya membuat tat telur.
Ya Allah...
Kami baru sahaja pulang ke rumah selepas perjalanan lebih kurang 7 jam atas jalan. (Kenduri di Kodiang, anak-anak nak main Go.Kart di luar Stadium Alor Setar dan urusan-urusan lain.)
Anak-anak ini memang banyak sungguh agenda mereka setiap hari.
Nak main basikal.
Nak masak.
Nak pi rumah tok wan.
Macam-macam lagi.
Tak kenal penat.
Abdullah pula kalau apa keinginannya, memang bersungguh-sungguh luar biasanya.
Kami bersama-sama membuat tat telur.
"Bila masak kat dapur ni, elok kita zikir banyak-banyak."
"Nak bagi makanan kita sedap ke kita kena zikir banyak-banyak ni?" Tanya Abdullah.
"Errr...."
"Mama zikir dalam hati ye?" Abdullah mencuri pandang samada mama berzikir ataupun tidak sambil dia menyapu butter pada acuan tat.
"Mama, cantiknya tat telur mama buat. "
"Yelah, kan mama buat sambil berzikir, tu yang cantik tu. Zikir tu jadikan semua benda elok dan cantik. Zikir tu penyelamat. Macam cerita Nabi Yunus yang kena makan dengan ikan paus. Allah selamatkan Nabi Yunus sebab dia banyak berzikirlah."
Dibacakan ayat al-quran yang telah mereka hafal:
Alhamdulillah saat yang indah bersama anak-anak.
Semoga ia membentuk mereka menjadi pejuang Islam yang berilmu, banyak mengingati ALLAH dan dekat denganNya.
Amin.
No comments:
Post a Comment