Wednesday, January 17, 2018

Ketagihan buku

بسم الله الرحمن الرحيم



Ada ketikanya terasa seronok sangat membaca buku. 

Seronok dan ketagihan hingga sanggup menghantar emel kepada syarikat Mphonline bertanyakan bila buku yang dioder akan sampai.

"Pin!!" 
Bunyi hon lori Gdex di luar rumah


Gembiranya bukan kepalang apabila buku-buku yang dibeli sampai ke rumah.


"Yeaaa...!!! Buku baru dah sampai."
Anak-anak juga turut gembira dan teruja kerana buku yang mereka minta belikan sudah sampai.

Sama adil.
Separuh buku anak-anak,
 separuh lagi buku mama.

Dicukupkan sehingga RM120 supaya kos penghantaran
menjadi percuma.

Sebahagian wang gaji bulanan memang dikhaskan untuk membeli bahan bacaan peribadi dan untuk anak-anak setiap bulan jika dimurahkan rezeki oleh Allah Subhanahu Wa Taala.

Aktiviti membaca ini juga menjadi satu ketagihan kerana sejak kecil hingga kini sering melihat mak dan abah banyak membaca buku. 

Malahan buku-buku mereka 2,3 kali ganda lebih tebal dari buku bacaan saya, dan hampir kesemua buku-buku mereka dalam Bahasa Inggeris.


Hati juga sangat melonjak-lonjak untuk berkongsikan perkara yang baik yang didapati dari buku yang dibaca dengan orang lain walaupun sekadar dalam blog yang sudah hampir berusia 11 tahun. Inilah peluang yang ada. InsyaAllah akan cuba menggunakan peluang ini semaksima mungkin.


Moga ia adalah tambahan hasanah dan bukanlah amalan yang sia-sia di sisi Allah. Ya Rabb.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...