Saturday, March 30, 2024

Nikmat tasmik secara online

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 7/1/2022


Sejujurnya, rasa seronok dapat tasmik dengan guru, walaupun secara online. Alhamdulillah. Terkenang zaman mengaji di Tahfiz dulu-dulu.



Kita akan usaha bersungguh-sungguh supaya hafazan yang akan ditasmik lancar sebaik mungkin.


Sudah hampir 5 bulan saya tasmik secara online dengan ustazah.


5 kali seminggu. Pukul 9 malam pada hari kerja dan 7 pagi pada Hari Jumaat. Lebih kurang 40 minit untuk tasmik hafazan 1 juzuk bagi satu sesi.


Ia sangat membantu untuk menjaga hafazan bagi kita orang dewasa yang sibuk seharian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...