Wednesday, July 4, 2018

Berkongsi Isi Kandungan Buku

بسم الله الرحمن الرحيم

Menjadi kebiasaan manusia, dia suka berkongsi info perkara yang diminatinya samada makanan yang sedap, perkara yang menarik dan apa sahaja, kerana naluri kemanusiaan yang suka berkongsi.

Begitu juga menjadi hobi saya untuk berkongsi buku-buku yang menarik dan juga isi kandungan yang berjaya menyentuh hati.

Kerana itulah sudah ratusan buku yang telah saya baca dan dirasakan menarik dibuat ulasan di dalam blog ini, di sini:

Semoga ia bermanfaat kepada orang lain.

Perubahan kemajuan media sosial juga membuatkan kini saya suka untuk berkongsikan kandungan isi buku yang menarik di dalam status Whatsapp ataupun Facebook.


Dia Bukan Lelaki Biasa, Syarafuddin Sulaiman.
https://play.google.com/store/books/details?id=zrPYCQAAQBAJ






Penawar Duka Pengubat Sengsara, Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.
https://play.google.com/store/books/details?id=NIuBDQAAQBAJ












InsyaALLAH, semoga ia menarik minat masyarakat untuk membaca buku.

Membaca buku dapat menambah ilmu dan mendekatkan diri kepada ALLAH.

Alhamdulillah.

Sunday, July 1, 2018

Membiasakan Ahmad Zaid dengan buku

بسم الله الرحمن الرحيم

Seperti Abang Abbudey dan Abang Abdullah yang telah kami biasakan dengan buku sejak dari kecil, begitu juga dengan Ahmad Zaid, kami ingin mendidik dia mencintai bahan bacaan sejak dari kecil, sama seperti abang-abangnya.

Semasa bayi, kami pernah belikan buku kain yang sesuai kepada Ahmad Zaid. Pernah ditulis di sini:

Ketika ke Hasani, abang-abang sudah pandai memilih buku bacaan sendiri (yang akan ditapis dan lihat dahulu jika ada isi kandungan yang tak sesuai). Untuk Ahmad Zaid, teringin nak belikan buku aktiviti seperti abang-abangnya dahulu. Seperti yang pernah ditulis di sini:




Tetapi tak ada stok pula.

Lalu dibelikan untuk Ahmad Zaid buku Aulad ini:

Saya pernah tulis tentang kecanggihan Majalah AULAD ini dalam entri di sini:

Kami baca dan cerita tentang gambar-gambar di dalam buku kepada Ahmad Zaid.

Alhamdulillah.. Pada usia 2 tahun 4 bulan ini, Ahmad sudah pandai bercerita tentang eksperesi yang difahaminya dalam buku.

Seperti gambar di bawah ini:
Ahmad Zaid tunjuk pada gambar tersebut dan berkata:
"Mama, dia ghiyau (menangis)"

InsyaALLAH semoga akan lebih banyak membaca bersama Ahmad Zaid dan anak-anak akan mencintai bahan bacaan yang baik-baik.

Amin

Thursday, June 28, 2018

Nikmat berehat bersama buku.

بسم الله الرحمن الرحيم


Dahulu ketika kecil, saya sering cuba untuk faham perasaan mak dan abah yang selalu kelihatan berehat dengan buku. Berehat sambil membaca. Sentiasa ada buku baru dalam bilik mak. Biasanya buku berbahasa Inggeris dan tebal-tebal bukunya.

Kami juga biasa dengan bahan bacaan sejak dari kecil walaupun sekadar komik.

Buku yang menusuk kalbu


Kini apabila dewasa, semakin lama semakin dirasakan nikmat membaca buku. MasyaAllah...

Rasanya tenang dan seronok sekali apabila dapat berehat dengan membaca buku.

Dunia buku ibarat dunia khayalan yang indah-indah, penuh dengan ilmu dan suasana yang mithali. Mengamalkan ilmu di dalam buku tersebut itulah kehidupan yang hakiki. Allah..




Namun perlu juga berhenti dari membaca untuk melihat anak-anak, menjaga makan minum mereka, mengemas rumah dan melakukan kerja-kerja rumah.

Teringat kembali zaman kanak-kanak dan alam  universiti ketika cuti musim panas. Jika mahu berehat mengadap buku seharian pun tak mengapa. Itulah nikmat ketika alam remaja dahulu.


Apapun, setiap usia kita ada keindahannya yang tersendiri.

Alhamdulillah.

Monday, June 25, 2018

Info Buku: Mukmin Profesional. Celik Mata Hati. 7 Langkah Memperkasa Diri

بسم الله الرحمن الرحيم

Buku ini ibarat memujuk hati agar tabah, sabar, buang jauh-jauh segala kekeruhan dan sentiasa semaikan minda dengan fikiran yang positif



Menariknya buku ini hingga rasa setiap muka surat nak ditangkap gambar dan dishare bersama orang ramai

Apa perlunya buku ini?

Pengulangan adalah ibu kepada pengetahuan


Masya Allah memang banyak info dan motivasi yang menarik dalam buku ini




ika anda dalam kekusutan, insyaAllah sedikit sebanyak buku ini akan memberi anda idea dan jawapan


Usaha sepanjang hidup. Selama kita hidup,
 selama itulah kita kena ubah diri ke arah lebih baik hingga menggapai syurga Al Firdaus


Wang boleh membeli buku, tapi tidak boleh membeli ilmu jika tidak dibaca


Itu juga yang selalu saya perhatikan.
Orang pasti akan teliti gambarnya sendiri dlm photo


Penulis juga cuba untuk menampilkan buku ini dalam bentuk santai dan menarik supaya ia tidak jemu dibaca dengan meletakkan banyak ilustrasi dan carta yang berkaitan yang menarik










Friday, June 22, 2018

Input ilmu dalam ziarah menziarahi.

بسم الله الرحمن الرحيم

MasyaAllah...

Adakalanya, apabila keluar dari kebiasaan kita duduk di rumah dan rutin harian kita sahaja, banyak juga input ilmu yang dapat diperolehi.

Contohnya:

Ketika ziarah beraya di rumah sanak saudara dan rakan taulan, adakalanya ada sembang-sembang yang melekat dalam hati dan dibincangkan dalam kereta untuk lebih huraian.

Ada juga yang saya simpan dalam hati, kemudian diluahkan dalam entri dalam blog ini untuk diberi manfaat kepada orang lain insyaAllah.

Antaranya ialah:

1. Baba berpesan kepada kami supaya mencontohi kesungguhan tuan rumah yang bersungguh-sungguh meraikan tetamu. Pastikan apabila jemput orang masuk ke rumah, bawa masuk terus,jangan ditunjuk sahaja, kerana orang tak biasa dengan rumah kita dan akan jadi malu untuk masuk.

2. Terimalah dengan hati terbuka jika tuan rumah tidak dapat menerima dan melayan kita dengan sebaiknya kerana kesibukannya. Dalam hidup bermasyarakat hati mesti besar dan mudah memaafkan orang lain.

3. Kami takjub dengan semangat kejiranan masyarakat di Sabak Bernam ketika menziarahi ustazah saya di sana. Kami dapat lihat budaya baraan yang menghidupkan suasana ukhuwah dan mahabbah sesama jiran dan sanak saudara.

Saya baru tahu tentang budaya baraan dari status ustazah.

Kami juga ada ketika masyarakat di sana beramai-ramai menaiki motosikal keliling kampung dari rumah ke satu rumah.

Ustazah kata:
"Hari ini giliran orang perempuan berjalan raya keliling kampung."

Bukan hanya anak muda sahaja yang menaiki motosikal, makcik-makcik pun ada. Rasanya setiap peringkat umur.

Namun hanya perempuan sahaja pada hari tersebut.

Unik kan?



4. Antara kata-kata yang berbekas di hati ( bukan kerana terasa hati) mungkin kerana terasa hikmah dalam kata-kata tersebut:
"Allah itu Maha Adil. Dia ambil sikit dari bahagian kita sebelah sini, dia bagi lebih belah sana."

MasyaAllah.

Sungguh kata-kata ini membuatkan saya tersentap.

Adakalanya kita membandingkan diri kita dengan orang lain yang kita nampak lebih sempurna kehidupan mereka, tanpa kita sedari, kita lupa bahawa ramai orang di luar sana inginkan kehidupan seperti kita yang mereka pandang lebih sempurna.

Jadi, syukurilah apa yang ada, yang Allah berikan kepada kita.

Usahakan nikmat yang Allah kurniakan kepada kita dengan penuh amanah. Insyaallah ada kebahagiaan di dunia dan akhirat.

5. Saya juga sangat takjub dan terinspirasi dengan semangat seorang bapa yang menggambarkan masa depan anak kecilnya ( berusia 4 tahun) dan bercerita di hadapan kami ketika kami beraya di rumahnya. Semangat untuk berjaya yang memberi inspirasi kepada orang lain.

MasyaAllah.

Begitulah sedikit sebanyak manfaat yang dikutip dari Syawal tahun ini.

Semoga bermanfaat kepada orang lain.

Amin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...