Saturday, January 18, 2020

Tempat menarik di Betong

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 15/9/2019

Kelmarin kami berpeluang bercuti di Betong bersama dua keluarga rakan-rakan kami.

Kami bertolak dari rumah jam 7.

Setengah jam kemudian sampai ke sempadan Thailand. 

Walaupun jarak yang dekat sahaja, namun inilah kali pertama kami masuk Thailand melalui Pengkalan Hulu.

Perjalanan kali ini saya bawa sekali buku Dr.Kamilin Jamilin, Sila baca dan jangan tidur.


Alhamdulillah peneman yang bagus. Dapat mengisi masa ketika menunggu rakan-rakan lain.

Begitulah jika berkonvoi, banyak masa perlu menunggu orang lain. Sangat bagus bila ada buku.

Malah boleh berdiskusi buku dengan baba. Satu perkara yang disukai.

Kami ke Piyamit Tunnel.

Masuk ke sini sangat murah.

Ada orang menjual durian, dan manggis ketika itu.

Masya Allah... Buah-buahan di sana sangat segar dan sedap.

Walaupun musim durian sudah di penghujung, namun durian yang dibeli sangat sedap.

Perjalanan dalam hutan, kesan tinggalan komunis dari Malaysia di sini.

Tangga yang agak tinggi.

Agak menggeletar juga lutut ketika perjalanan balik turut tangga yang banyak.

Pokok yang sangat besar.

Ada siput bulan yang panjang

Tumbuhan ini apabila ia jatuh dari atas pokok, ia berpusing seperti kipas.


Masyaallah

Inilah tumbuhan itu


Banyak ilmu baru dan manfaat untuk anak-anak







Memasuki terowong yang sangat panjang


Antara yang menarik di Piyamit Tunnel ini:








Di dalam terowong




Perjalanan turun dan keluar



Seterusnya kami ke kolam air panas yang berdekatan.

Masuk ke sana adalah percuma.




Turut membeli dan merebus telur puyuh di dalam ini



Setelah itu kami ke pasar basah dan kedai borong.

Alhamdulillah satu percutian yang menarik.

Tuesday, January 14, 2020

Info buku: Letakkan dunia di tangan, di hati jangan

 بسم الله الرحمن الرحيم

Masyaallah buku kali ini sangat menyeronokkan.

Walaupun ia kelakar, namun ada ilmu dan input dakwah yang disampaikan.


Kisah-kisah dalam buku ini juga menarik dan ada yang menyentuh hati.








Alhamdulillah habis baca buku ini dalam masa beberapa jam sahaja, tapi ia amat menghiburkan dan memberi ilmu.


Adakalanya tak tahan gelak membaca buku ini, ada ketika sebak dan tersentuh pula dengan kisah di dalam buku ini.



Alhamdulillah. Sebuah lagi buku yang bagus

Friday, January 10, 2020

Biskut brownies: Dari kesedihan kepada kegembiraan

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 4/9/2019.

Beberapa hari lalu rasa teringin nak makan biskut brownies.

Tengok di kedai, boleh tahan juga mahalnya. Terus berazam untuk buat sendiri.

Segera Google resepi yang sesuai, mudah dan menepati bahan yang terdapat di dalam rumah.

Maka, inilah resepinya:


Cuma pada coklat masakan tu, di rumah hanya ada serbuk coklat.

Maka saya pun letak serbuk coklat mengikut kuantiti yang tertulis. Hampir setengah kilo. Banyak juga tu.😅

Bila dirasa adunan tersebut,rasa pahit... Mula rasa kurang yakin.

Saya simpan adunan semalaman, seperti yang disarankan dalam blog tersebut.

Selepas semalaman, saya cuba bakar, hasilnya:



Memang pahit! 😭

Baba dan anak-anak rasa biskut ini.

Memang pahit, komen mereka.

Saya tekad nak buang adunan biskut tersebut, tapi rasa sayang sebab dah guna banyak bahan. Mahal. Sayangnya kalau buang.

Saya simpan semula dalam peti ais.

Hati mula resah.

Macammana nak modified resepi ini supaya dapat jadi sedap macam dalam blog itu?

Saya sembang dengan suami dan minta pandangannya.

Suami bagi cadangan agar meletakkan susu pekat.

Akal terus berfikir dan membayangkan cara untuk modified adunan biskut tersebut.

Sehari selepas itu, saya tambahkan gula halus dan susu pekat hingga rasanya agak manis dan tidak lagi pahit.

Kemudian adunan dibakar.

Saya berikan kepada rakan sekerja dan anak-anak pelajar sambil minta pandangan mereka.

Kata kawan:
"Komen kami, nanti ustazah bawaklah lagi biskut tu."😅😅

Alhamdulillah...saya agak yakin untuk membakar baki adunan yang disimpan dalam peti ais.


Membakar biskut ini memang sangat melekat di dulang pembakar seperti yang ditulis oleh penulis blog.

Saya cuba sapu mentega dan taburkan sedikit tepung di dulang pembakar sebelum bakar biskut. Walaupun ia mengurangkan melekat, namun agak renyah kerana banyak kerja pembersihan perlu dilakukan.

Alhamdulillah Allah bagi ilham supaya beli kertas cawan untuk kuih.

Saya beli kertas cawan untuk kuih, cip coklat dan manik-manik hiasan.

Biskut ini dengan rasa chewy, Alhamdulillah Allah bagi sedap walaupun sebelum itu hampir kena buang adunan biskut kerana pahit.😅

Alhamdulillah lebih memudahkan dan mengurangkan kerja-kerja pembersihan.

Alhamdulillah biskut yang dibakar diberikan kepada lebih ramai rakan sekerja. Moga Allah menerima ia sebagai pahala sedekah, mengampunkan dosa kita dan memberikan ganjaran pahala. Amin..


Seperti biasa, saya tidak menerima sebarang tempahan kerana masalah sakit belakang yang selalu melanda.

Kalau sekadar masak-masak untuk suka-suka bolehlah, tapi untuk mengambil tempahan, agak sukar.

Lagipun rasa tidak yakin. Takut tempahan yang dibuat tidak jadi seperti yang sepatutnya.



Alhamdulillah dari kesedihan adunan biskut yang tidak jadi, Allah gantikan dengan kegembiraan.

Alhamdulillah.



Monday, January 6, 2020

Reviu buku: Yang Singgah dan Yang Pergi

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 20/8/2019

Buku kali ini saya habis membacanya dalam masa 2 hari.

Bukunya indah.

Bahasa yang halus,  membuatkan rasa sayang jika dibaca laju-laju dan tidak dihayati.


Beberapa halaman yang menarik di dalam buku ini. 


























Jika membaca buku ini,  bacalah dengan penuh penghayatan. 


Sungguh ia buku yang indah. 

Selamat membaca. 

Thursday, January 2, 2020

Flora dan Fauna sekitar Maahad Al Iman

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah..

Jika ada kelapangan, kami akan berjalan di sekitar kawasan Maahad.

Banyak tumbuhan dan makhluk Allah yang sama-sama berkongsi rezeki
Buah durian belanda yang tumbuh di tepi padang.  Masam-masam manis rasanya.  Enak

Angsa

Telur burung 

Buah durian belanda 


Anak burung yang sudah menetas

Petai  belalang


Alhamdulillah.. 

Nikmat Allah yang indah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...