Thursday, January 31, 2019

Seminggu Ahmad Zaid demam

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 29/10/2018.

Virus demam yang melanda baru-baru ini menyebabkan ramai orang yang tewas diserang sakit dan ramai yang masuk hospital.

Astaghfirullah...moga Allah ampunkan segala dosa kita.

Begitulah juga dengan keluarga kami.

Bermula dengan baba selama lebih kurang 4 hari demam, Abdullah selama lebih kurang seminggu, Ahmad Zaid seminggu dan Abang Abbudey selama sehari (Abang Abbudey sangat bersemangat untuk bersekolah, dia tidak suka jika tidak pergi ke sekolah, jadi dia usaha untuk gagahkan diri untuk sembuhkan diri dari demam).

Yang amat kasihan ialah apabila Ahmad Zaid yang demam batuk selama seminggu. Kami amat runsing  jika terdapat jangkitan kuman dalam darah. Kerana sebelum itu terdapat beberapa kes anak kepada rakan-rakan yang ditahan di Hospital kerana demam yang berpanjangan dan mengakibatkan jangkitan kuman dalam darah.

Apabila demam Ahmad Zaid sampai ke hari ketiga, kami mula risau. Batuk pula kerap. Pelbagai klinik yang kami pergi. Klinik homeopathy dan juga klinik biasa.

Ahmad Zaid amat kasihan kerana dia tidak mahu makan langsung.
Hanya minum susu botol sahaja hampir seminggu

Kami juga terpaksa ke Kuala Lumpur walaupun Ahmad Zaid demam kerana perlu uruskan pembelian buku Bahasa Arab untuk pelajar maahad. Wajah Ahmad Zaid yang muram sahaja kerana demam.
Ahmad Zaid juga asyik terbaring dan mahu tidur sahaja. Dia tidak larat untuk bermain.

Jika kebiasaannya Ahmad Zaid selalu ceria, asyik berlakon azan, mengaji dan nasyid menggunakan wayar yang dianggap mikrofon, bila demam, kami rindu gelagat Ahmad Zaid itu.

Tiada lagi suara Ahmad Zaid azan dan mengaji.

Sedih sangat apabila lihat Ahmad Zaid hanya terbaring kelemahan, batuk-batuk dan muntah beberapa kali.

Tidur malam kami pun agak terganggu kerana anak-anak terjaga. Akibatnya rasa penat dan letih di pagi hari di tempat kerja hampir 2 minggu akibat anak-anak yang bergilir-gilir tidak sihat dan berjaga malam.

Ahmad Zaid bangkit main sebentar sahaja, mainan yang baru baba beli untuk menghiburkan Ahmad Zaid, kemudian sambung tidur keletihan.

Kasihan sangat Ahmad Zaid asyik lena apabila dalam kereta dalam perjalanan ke Kuala Lumpur

Gambar yang dihantar oleh pengasuh di neseri.
Ahmad Zaid asyik tidur sahaja dan tidak mahu bermain.

Alhamdulillah apabila Ahmad Zaid telah sihat, kami rasa bersyukur amat sangat.

Di bawah ialah video Ahmad Zaid sehari selepas dia telah sihat.

Kami kembali mendengar suaranya mengaji.

"Tunjuk kat mama acik (makcik pengasuh di neseri)"
Ahmad Zaid minta tunjuk video dia mengaji kepada mama acik

Alhamdulillah...

Syukur kepada Allah yang mengurniakan nikmat sihat kepada kita semua.

Monday, January 28, 2019

Konflik dalaman di pagi hari

بسم الله الرحمن الرحيم

Ada ketikanya, bila tidak sihat, atau anak-anak tidak sihat, atau tidak cukup tidur, bangun pagi dengan rasa berbelah bahagi samada ingin pergi kerja ataupun tidak.

Begitulah juga perasaannya ketika mengandung.

Dengan diri yang penat, membuatkan rasa berat hati untuk bangun di awal pagi.

Namun seringkali berlaku, apabila dipaksa diri bangun menunaikan amanah dan tidak kerap cuti, lama-kelamaan masa berlalu, menjelang tengahari, rasa tidak larat itu akan hilang, insyaAllah.

Begitulah yang sering dirasakan.

Jadi, saya menjadikan entri ini sebagai peringatan buat diri sendiri agar keluar dari rasa tidak larat dan malas di pagi hari. Paksalah diri untuk terus bangkit meneruskan amanah dan kerja.

Diri anda pasti akan berterima kasih kepada anda atas pilihan yang anda buat.

Insyaallah.

Friday, January 25, 2019

Lekatnya ilmu

بسم الله الرحمن الرحيم

Makin dewasa, makin saya yakini bahawa sesuatu ilmu itu bukan perolehi  dengan belajar sahaja, tetapi ada cara yang lebih efektif untuk sesuatu ilmu lebih lekat di hati dan akal.

Itulah dengan mengajar.



Sungguh apabila kita mengajarkan semula ilmu yang kita pernah pelajari, ia menjadi lebih lekat di fikiran, lebih difahami, malahan ketika kita belajar mungkin tidak terlintas soalan-soalan yang akan terdetik apabila kita mengajar.

Begitulah berkatnya ilmu apabila diamalkan dan diajarkan semula.

Cubalah dan anda pasti akan rasakannya.


Tuesday, January 22, 2019

Plan seterusnya

بسم الله الرحمن الرحيم

Catatan ini ditulis pada 24.10.2018


Bila Abang Abbudey dah habis hafazan, kelihatan masanya agak lapang.

Jadi, saya berbincang dengannya untuk penuhkan masanya dengan ilmu yang bermanfaat agar dia tidak lalai dengan masa lapang.

Inilah plannya.

Saya kongsikan dalam status whatsapp agar ia menjadi cabaran kepada diri saya sendiri agar istiqamah.

Semoga Allah berkati usaha kami ini dan menjadikan usaha ini berpanjangan.

Perkenankan lah Ya Rabb.










Abdullah juga sekarang berbaki hafazan AlQuran lagi 9 juz dan dia berazam untuk menghafaz hafazan baru semuka sehari supaya dapat khatam tahun hadapan, insyaallah.




Friday, January 18, 2019

Tasmik Al-Quran dengan Sheikh Mahir Al-Munajjid

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, sepanjang 3 minggu Sheikh Mahir berada di Maahad Al -Iman, para pelajar termasuk Abdullah dan Abdul Rahman sempat  tasmik dan membetulkan tajwid bersama Sheikh Mahir Al-Munajjid yang mempunyai ijazah sanad Al-Quran.

Abdul Rahman juga khatam Al-Quran pada ketika itu. Saya sentiasa mendoakan untuk anak-anak supaya mereka dapat tasmik Al-Quran dengan Sheikh Mahir dan dapat khatam dan mendapat sanad Al-Quran insyaALLAH.


InsyaALLAH semoga ALLAH memberikan rezeki kepada anak-anak untuk menuntut ilmu dengan sheikh terkemuka.

Berikut adalah antara video anak-anak tasmik al-Quran dengan Sheikh Mahir:














br />


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...