Monday, November 9, 2020

Kecekapan menguruskan jadual dikurung PKPB

بسم الله الرحمن الرحيم


 Jadual harian PKPB


Ketika PKP dulu, kami fokuskan pengajian Hadis Kitab Riyadussolihin (lepas subuh) dan Nahu bersama anak-anak. Begitulah juga di PKPB ini. Cuma ditambah dengan Kitab Fekah Matan Abi Syuja' (lepas zohor/asar)


2. Tasmik Al-Quran (10/ 20 mukasurat) lepas hadis (lepas subuh)



3. Kayuh basikal (bagi hilang mengantuk) pagi2.


4. Tasmik Online dengan ustaz ustazah.


5. Kalau nak keluar pi tengok Cik Yep pebaik motor, nak main game, tengok kartun, pastikan habis tasmik Al-Quran.


Insyaallah semoga kita dapat gunakan masa PKPB ini dengan sebaiknya. Amin


Jika ketika PKP bulan 3 dulu, ramai yang melayan dilema dikurung, untuk PKPB ini kelihatan ramai yang sudah cekap mengurus 'pengurungan' ini.



Ramai yang tanamkan azam untuk memanfaatkan PKPB ini dengan perkara-perkara yang bermanfaat buat diri, keluarga dan agama. Alhamdulillah.


إن شاء الله بداية محرقة لنهاية مشرقة.


Insyaallah permulaan yang membara untuk penghujung yang cemerlang.

Sunday, November 8, 2020

Demi Masa PKPB

 بسم الله الرحمن الرحيم


Dalam pada kita semua dok panic nak PKPB ni, nak plan kewangan, plan juga perjalanan masa dalam masa sebulan ni.




Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian- Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Perangai kucing yang berbeza-beza

,بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 6/6/2020

Apabila membela banyak ekor kucing, kita akan perasan perangai kucing yang berbeza-beza.

Ahmad bermain dengan kucing

Sebagai contoh, Cattus, kucing yang kami ambil dari kawan di Melaka.

Cattus berusia 2 tahun. Cattus adalah seekor kucing yang sangat sopan, pendiam dan serius. Hanya makan makanan kucing yang kering sahaja. Makanan kucing basah dalam tin, nasi, ikan semua Cattus tak makan. Sebab itu Cattus tak pernah langsung kacau kami ketika makan di dapur.

Cattus juga seekor kucing yang pembersih. Kalau dia makan tumpah, dia akan kutip dan makan semula.

Cattus tak seperti kucing lain yang suka bermain, mungkin sebab dah dewasa, namun ia sangat pandai menjaga anak dan seekor ibu yang sangat pengasih.

Baba kata: "Senangnya kalau semua kucing seperti Cattus." 



Cattus dan anak-anaknya batch kedua.

Tobby pula dengan corak marble hitam yang berkilau, Masya Allah.

Seperti arwah ayahnya yang kami beri nama Tobby juga, Tobby junior ini juga seperti ayahnya yang suka geselkan kepalanya dengan kepala kita sebagai tanda sayang.


Hasil Google jawapan kepada perangai Tobby dan arwah ayahnya


Romie pula suka bermain dan agak nakal. Paling suka kacau orang makan.

Namun Tobby dan Romie paling baik bila dimandikan. Mungkin kerana sudah biasa kami mandikan sejak kecil.

Snow dan Dash pula sangat takut ketika mandi dan sangat takut dengan hair dryer. Jadi jika mandikan Snow dan Dash tak boleh nak keringkan dengan hair dryer. Hanya lap dengan tuala sahaja. 2 kali kami pernah kena cakar dengan Dash dan Snow sebab takut dengan hair dryer selepas mandi. Sakitnya kena cakar dengan kucing.

Snow dan Whitey yang mempunyai sikap yang tersendiri.

Whitey adalah seekor kucing kanak-kanak yang comel.

Walaupun pernah kemurungan dan sakit selepas kematian adik beradiknya, Black dan Kitty, Alhamdulillah ia kembali sembuh selepas dibawa berjumpa dengan doktor haiwan.

Whitey sangat suka mengiau kuat nak minta ikan dalam tin.

Walaupun disediakan makanan kucing kering, namun kucing-kucing ini suka juga dengan makanan kucing basah dalam tin, nasi dan lauk pauk yang lain, kecuali Cattus.

Makanya kalau waktu kami makan, mesti keluarkan semua kucing kecuali Cattus, kerana mereka akan kacau orang makan.

Tuan lama Cattus pun ada cerita yang Cattus memang tak makan makanan lain selain makanan kucing kering.

Perangai istimewa Snow ialah suka mengurut orang ketika orang duduk kemudian duduk atas riba orang dan cuba gigit manja tangan orang.

Kami cuba Google maksud sebalik perangai Snow ini, dan inilah jawapannya:





Yang paling Snow suka kalau ada ramai orang duduk ialah duduk atas riba mama, sampai susah pula mama nak duduk lipat kain baju.






Dash pula ialah kucing yang baba ambil dari pasar sekali dengan Snow.

Baba kata, bila baba panggil, Dash dan Snow yang datang paling awal.

Comelnya Dash dengan hidung dan tapak kaki yang berwarna pink bersih.

Walaupun ada sahabat yang mengatakan kucing-kucing kami kucing-kucing branded 😅, sebenarnya semuanya kucing jalanan yang diambil dari pasar kecuali Cattus yang diberi oleh kawan dari Melaka.

Alhamdulillah nikmat kebahagiaan yang Allah anugerahkan dengan kita berbakti kepada makhluk-Nya, insyaallah.




Wednesday, November 4, 2020

Orang pertama selesai puasa sunat Syawal

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 6/6/2020


Alhamdulillah. Orang pertama dalam rumah ni yang tamat puasa Syawal 2020 ialah Abdullah.


Kemahuan berpuasa sendiri tanpa disuruh, usaha kunci jam dan bangun sahur sendiri walaupun pada hari orang lain tak puasa. 


Teringat anak-anak Maahad pun ada beberapa orang yang rajin berpuasa sunat. 


Semoga ia menjadi amalan yang mendekatkan diri kepada Allah dan berterusan hingga dewasa.


Saturday, October 31, 2020

Balasan sebab tak suka kucing?

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 4/6/2020




Selepas anak-anak minat bela kucing saya perhatikan Masyaallah betapa Allah boleh campakkan rasa bahagia, gembira dalam hati manusia walau hanya dengan membela binatang.....melihat gelagat dan perkembangan mereka buat kita tersenyum. Pastu jadi topik wajib keluarga tiap-tiap hari cerita pasal kucing 😂😂😂🥰

Adik-beradik saya kata: "itulah balasan sebab masa kecik tak suka kucing."😂😂

Seroiusly, dulu saya selalu tengok orang yang dari kecik tak suka kucing, bila dah jatuh cinta bela kucing, tiap-tiap hari dia cerita pasal kucing. Sekarang ia berlaku pada diri sendiri.😂😂😂
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...