Firman Allah Ta`ala :
(( إنما يعمر مساجد الله من آمن بالله واليوم الآخر وأقام الصلاة وآتى الزكاة ولم يخش إلا الله فعسى أولئك أن يكونوا من (المهتدين )) (سورة التوبة:18
Maksudnya: (Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.)
Inilah saatnya kita kembali memenuhkan rumah Allah. Pertolongan terletak pada ubudiah kita kepadaNya. Ayuh pejuang-pejuang Islam, kita penuhkan rumah-rumah Allah.
Biarkan mereka dengan jentera dunia mereka. Kita ada Pembantu kita. Ayuh kita cari pertolongannya di sebalik kekhusyukan kita di rumahNya.
(إن الله مع الذين اتقوا والذين هم محسنون)) (سورة النحل:128))
Maksudnya: (Sesungguhnya Allah bersama-sama orang-orang yang bertakwa dan mereka yang melakukan kebaikan.)
Biarkan mereka bergantung harap dengan segala-segala yang mereka punya. Kita ada Yang lebih berkuasa dari segala yang mereka miliki.
((والله على كل شيئ قدير))(سورة البقرة: 284)
Maksudnya: (Dan Allah itu Maha berkuasa di atas segala sesuatu.)
Biarkan mereka sesat dengan segala ideologi bertopengkan Islam (Hadhari). Kita ada pegangan yang sempurna dan utuh.
((إن الدين عند الله الإسلام)) ﴾ (سورة آل عمران: 19)
Maksudnya: ( Sesungguhnya agama yang benar di sisi Allah itu ialah Islam.)
Biarkan mereka menabur segala janji-janji dunia. Kerana seisi dunia ini tidak bernilai sedikit pun di sisi Penciptanya.
Biarkan mereka menabur segala janji-janji dunia. Kerana seisi dunia ini tidak bernilai sedikit pun di sisi Penciptanya.
((فما متاع الحياة الدنيا في الآخرة إلا قليل)) (سورة التوبة:38)
Maksudnya: ( Dan segala kemewahan di dunia ini hanyalah sedikit (tidak bernilai) di akhirat kelak (di sisi Allah).)
Biarkan mereka melakukan onar dan makar. Kerana Allah Maha berkuasa mematahkan segala tipu daya mereka walau sehebat mana sekalipun.
((وقد مكروا مكرهم وعند الله مكرهم وإن كان مكرهم لتزول منه الجبال)) (سورة ابراهيم:46)
Maksudnya: (Dan sesungguhnya mereka telah menjalankan rancangan jahat mereka (untuk menentang Islam), sedang di sisi Allah ada balasan bagi rancangan jahat mereka, walau rancangan jahat mereka itu, dapat melenyapkan gunung-ganang sekalipun.)
Ayuh pejuang-pejuang kebenaran. Bukan kehidupan dunia yang kita utamakan. Akhiratlah matlamat perjuangan kita. Kita sentiasa berdepan dengan kesusahan dan kekurangan kerana itulah sunnatullah bagi pajuang-pejuang agamanya. Nabi Muhammad tidak pernah merasai kesenangan dalam berdakwah melawan kebatilan. Tetapi apa yang dirasainya ialah kemanisan berdakwah tersebut. Kerana itulah baginda berjaya menggagungkan kalimah Allah di hadapan konspirator-konspirator jahiliyah.
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Ayuhlah pejuang-pejuang Islam! Kita penuhkan rumah-rumah Allah.
Oleh: Amri Mohd Nason
(KU Ulamak UPU Kg Jawa Kuala Ketil)
(KU Ulamak UPU Kg Jawa Kuala Ketil)
No comments:
Post a Comment