Ashura adalah hari kesepuluh bulan Muharam. Setiap tahun pada hari tersebut orang-orang Yahudi berpuasa sebagai tanda berterima kasih kepada Tuhan Yang Maha Kuasa yang telah menyelamatkan Nabi Musa daripada Firaun dan kaumnya yang kufur.
أخرج البخاري: فعن ابن عباس رضي الله عنهما قال قدم النبي صلى الله عليه وسلم المدينة فرأى اليهود تصوم يوم عاشوراء فقال ما هذا قالوا هذا يوم صالح هذا يوم نجّى الله بني إسرائيل من عدوهم فصامه موسى قال فأنا أحق بموسى منكم فصامه وأمر بصيامه.
Daripada Ibnu Abbas Radiallahunhu berkata: Nabi SallahuAlaihi Wasallam datang ke Madinah dan baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura’ (iaitu hari ke10 Muharram), kata Nabi SallahuAlaihi Wasallam: ((Apakah ini? Mereka mengatakan bahawa hari ini adalah hari kebaikan kerana Allah telah menyelamatkan Bani Israel dari musuh mereka, lalu Nabi Musa berpuasa (untuk meraikannya). Kemudian baginda bersabda: (( Aku lebih berhak kepada Nabi Musa daripada kamu semua, maka baginda berpuasa dan menyuruh (para sahabat) berpuasa.))
Antara kelebihan dan fadilat yang terkandung dalam Hari Asyura’ ialah:
عن أبي قتادة رضي الله عنه قال: سُئل النبي صلى الله عليه وسلم عن صيام يوم عاشوراء، فقال: إني أحتسب على الله أن يكفر السنة التي قبله . رواه مسلم
Daripada Abu Qatadah RadiallahuAnhu berkata: Nabi SallahuAlaihiWasallam ditanya tentang puasa hari Asyura’. Maka baginda menjawab: Aku berharap supaya Allah menghapuskan dosa setahun sebelumnya.)) HR Muslim
Pada hari ini Nabi Musa telah berpuasa, Nabi Muhammad SAllahuAlaihiWasallam dan para sahabat juga turut berpuasa, apakah kita tidak ingin mengikut sunnah dan jejak langkah baginda serta para sahabat? Malahan juga banyak kitab-kitab fekah yang telah bersetuju atas sunatnya puasa pada hari asyura’, Lebih dari itu, Allah telah menjanjikan ganjaran yang besar bagi orang yang berpuasa pada hari tersebut.
Selain dari itu, Rasululah Sallahu Alaihi Wasallam turut berhasrat untuk berpuasa pada hari kesembilan Muharram sebagai tanda untuk menyalahi dan tidak mencontohi orang Yahudi, akan tetapi baginda Sallahu Alaihi Wasallam tidak sempat untuk menunaikannya dan wafat pada tahun sebelum itu.
عن ابن عباس قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (( لئن بقيت إلى قابل لأصومن اليوم التاسع.)) رواه ابن ماجة
Daripada Ibnu Abbas Radiallahu Anhuma berkata: Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam bersabda: Kalaulah aku masih hidup sehingga tahun depan, nescaya aku akan berpuasa pada hari yang kesembilan Muharram.)) HR Ibnu Majah.
Apa yang menjadi kebiasaan bagi masyarakat kita ialah hari Asyura dijadikan sebagai hari untuk makan dan mengacau bubur sora. Entah siapa yang memulakan perkara tersebut sehingga ia seolah-olah satu sunnah yang mesti dilakukan. Saya berpendapat, tidak salah untuk kacau bubur apa sekalipun tetapi biarlah pada hari yang lain dan jangan disangka bahawa ia adalah sunnah dan mesti dilakukan pada hari tersebut. Tergamakkah kita melepaskan peluang supaya dihapuskan dosa-dosa yang dilakukan selama setahun hanya kerana sesuap bubur yang tidaklah begitu istimewa. Renung-renungkanlah.
No comments:
Post a Comment