Tuesday, January 13, 2009

Ucapkan “MARHABAN” kepada penuntut ilmu




Sesi persekolahan baru telah bermula. Masing-masing melangkah masuk dengan azam dan tekad yang baru. Pengetua dengan azamnya untuk tingkatkan perestasi kerja warga sekolah. Guru-guru dengan azam mereka untuk meningkatkan kemampuan ilmu anak-anak didik. Pelajar bersama azam untuk terus mencipta kejayaan. Apa sahaja azam yang disematkan moga ianya diredai Allah dan dimudahkan perlaksanaannya.

Namun satu perkara yang mungkin kurang memasyarakat di Negara kita. Satu sunnah yang Nabi ajar kepada para pendidik, ucapkan “SELAMAT DATANG” kepada penuntut-penuntut ilmu, mendoakan mereka dan memberi kata-kata semangat.

وعن صفوان بن عسال المرادي رضي الله عنه قال: أتيت النبي صلى الله عليه وسلم وهو في المسجد متكىء على برد له أحمر، فقلت له: يا رسول الله! إني جئت أطلب العلم. فقال: " مرحبا بطالب العلم، إن طالب العلم تحفه الملائكة [وتظله] بأجنحتها، ثم يركب بعضهم بعضا حتى يبلغوا السماء الدنيا من محبتهم لما يطلب". رواه أحمد والطبراني بإسناد جيد، واللفظ له، وابن حبان في صحيحه، والحاكم، وقال: صحيح الإسناد، وروى ابن ماجه نحوه باختصار

Kata Sofwan bin A`ssal r.a. : Suatu hari aku datang bertemu Nabi S.A.W dan baginda sedang duduk di atas hamparan berwarna merah, lalu aku berkata kepadanya : Ya Rasulallah ! Aku datang untuk menuntut ilmu. Maka kata Nabi : “Selamat datang wahai penuntut ilmu! Sesungguhnya para malaikat akan menghamparkan sayapnya kepada penuntut ilmu dan membuat rantaian sesama mereka sehingga sampai ke langit kerana suka terhadap apa yang mereka (penuntut ilmu) cari”.


Para pendidik…

Doa kita untuk kejayaan anak-anak didik amat dipandang tinggi oleh Allah lebih-lebih lagi di pertengahan malam. Berdoalah apa sahaja yang baik untuk mereka moga-moga Allah makbulkan dan memberi kepada mereka kecemerlangan di dunia dan akhirat.

اللهم فقههم في الدين وعلمهم التأويل

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...