Wednesday, January 7, 2009

Renungan buat orang yang “BERSEKOLAH”

Kedudukan seorang guru amatlah tinggi di sisi islam. Banyak hadis-hadis nabi yang memperkatakan tentang ketinggian kedudukan dan pangkat orang ilmu di sisi Allah. Di antaranya :
قال صلى الله عليه وسلم : (( الدنيا ملعونة ملعون ما فيها إلا ذكرالله تعالى وما والاه وعالما ومتعلما)).

Sabda Nabi S.A.W : Dunia ini dan seisinya adalah terlaknat kecuali perkara-perkara yang mengingatkan kepada Allah, perkara-perkara yang menjurus kepada mentaatiNya, orang-orang yang berilmu dan pelajar ilmu.

وقال عليه الصلاة والسلام : (( خيركم من تعلم القرآن وعلمه ))

Maksudnya : Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari al-quran dan mengajarkannya.

Satu renungan buat orang-orang yang “bersekolah”. Dalam kita mentadbir dan menguruskan sekolah (terutamanya sekolah aliran agama) kita perlu memiliki sifat keterbukaan yang amat luas. Tawaduk, tidak mengangkat diri dan banyak bersabar. Dalam mengurus karenah guru dan anak-anak didik tentu banyak perkara yang mencabar kita yang sehinggakan boleh hilang sabar. Kita akui dugaan dan cubaan memang banyak. Tetapi kita perlu cerdik dalam menangani hal-hal tersebut. Jangan kita bertindak hanya dengan menggunakan status kerana kita kemungkinan besar akan terlajak walaupun masih dalam batasan kuasa kita. Kita mesti terima kenyataan sekiranya kita terjun ke dalam bidang Tarbiah Islamiah jangan terlalu mengunakan title majikan dan pekerja ketika berurusan dengan para guru dan pendidik. Kerana guru bukan semata-mata mengajar kerana mengejar gaji (husnus zhan saya). Kalau kerana mengejar gaji tentu mereka dah cabut ke tempat lain yang menyediakan pulangan gaji yang lebih lumayan tanpa perlu terlebih bersusah payah di sekolah-sekolah persendirian. Mereka inginkan keselesaan mengajar dan ketenangan. Bukan bebanan kerja yang terkadang tidak berfaedah dan membuang masa tanpa hasil. Ingat, sebahagian besar mereka adalah guru-guru kepada anak-anak orang-orang yang “BERSEKOLAH”. Jangan sakiti hati mereka jika orang-orang yang “BERSEKOLAH” inginkan keberkatan pada ilmu-ilmu yang dicurahkan kepada anak-anak mereka.

Orang-orang yang “BERSEKOLAH” juga jangan selalu mengulang-ulang tazkirah tajuk IKHLAS sekiranya ada tuntutan bawahan berkenaan duniawi. Kerana masalah ikhlas itu di dalam perut. Jangan siapa cuba mengambil alih kuasa Allah dengan menafsirkan perkara dalaman. Adakah dengan meminta habuan dunia kita dianggap tidak ikhlas. Kalau menganggap orang yang meminta habuan mereka dengan setimpalnya tidak ikhlas dalam bekerja maka golongan Ansar dahulu juga tidak ikhlas kerana merajuk tidak diberikan Nabi hasil rampasan perang Hunain kepada mereka. Lalu Nabi mengumpulkan mereka dan menerangkan betapa kita dahulukan orang-orang Quraisy yang baru memeluk islam supaya hati mereka lembut. Tidak ada tohmahan tidak ikhlas terpacul dari bibir baginda. Tidak ada cemuhan cinta dunia terhadap Ansar.
Selalunya (dalam pemerhatian saya) orang yang sering mengulang-ulang tazkirah ikhlas ini adalah orang-orang atasan yang berduit dan senang hidup mereka. Dan yang selalu kena tazkirah adalah orang-orang bawahan yang kurang berduit dan kurang senang hidup. Kita selalu lihat pentazkirah tazkirah ikhlas datang dengan kereta besar memberi tazkirah kepada yang berkereta kecil atau langsung tidak berkereta. Kalaulah erti sebenar ikhlas itu tidak ingin kepada habuan dunia maka pentazkirah-pentazkirah berkereta besar itulah orang-orang yang pertama sekali tidak ikhlas. Ingatlah firman Allah ta`ala :

(( ولا تنس نصيبك من الدنيا))

“Dan janganlah kamu lupa akan habuan kamu daripada dunia”


Orang-orang yang “BERSEKOLAH”! Jangan zalim! Kerana kezaliman adalah kegelapan di hari akhirat kelak. Jangan tidak memberi hak kepada mereka-mereka yang berhak mendapatkan hak mereka sesudah berpenat lelah. Kata Nabi : “Berilah upah kepada orang yang kamu upah sebelum kering peluhnya”. Tiba-tiba kita berani menghapuskan hak mereka. Tidak membayar upah mereka. Sesungguhnya orang-orang yang dizalimi akan setiasa menunut haknya sehinggalah di hadapan Allah kelak. Mungkin hari ini kita berkuasa. Mungkin hari ini kata-kata kita wahyu. Tapi ingat, di hadapan Allah kita hina kerana ZALIM……

Orang-orang yang “BERSEKOLAH” ! Kembalilah ke jalan Allah…..

6 comments:

  1. hmmm....cantik dan manis sekali lontaran pandangan ini. saya nak print dan kongsi dgn sahabat-sahabat di islah ...mungkin ada sesuatu yang boleh difahami.

    ReplyDelete
  2. SILAKAN...JGN LUPA KONGSIKAN CETUSAN RASA DAN FEEDBACK SELEPAS INI...

    ReplyDelete
  3. rasa2 dah tau sapa org yang BERSEKOLAH tu...hahhaha..assalamualaikum.... ni mlm hafiz...kalu masih ingat la...

    ReplyDelete
  4. Slm Mlm Hafiz...Cammana boleh sampai sini? Ngajar mana lani...? Hebat no boleh tau sapa org yang bersekolah tu, mcm ada pengalaman je...

    Renungan ini adalah tazkirah dan peringatan utk siapa2 sahaja yang bersekolah.....

    ReplyDelete
  5. ada student islah bagi tau...ngajaq dkt sek agama bedong...hahha.pengalaman x de sbb aku dapat gaji masa berhenti...tapi tau la sbb slalu ikuti jg perkembangan dkt sana...

    ReplyDelete
  6. salam untuk anti sekeluarga, semoga berada dalam lindungan kasih Allah.thanks for the tazkirah,memang Islam itu cantik tapi manusia selalu lupa dalam melaksanakannya. Apabila orang Islam berilmu yang melakukan kezaliman maka kesannya berlipat kali ganda kerana umum menganggap mereka adalah duta Islam.insyaallah ktun akan berhijrah bidang tugas next year jadi segala mehnah duri yang dilalui sepanjang berkhidmat ktun anggap sebagai proses tarbiyah,alhamdulillah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...