Thursday, July 16, 2009

INFO KITAB: 2- BAGAIMANA KITA MENDIDIK ANAK-ANAK.



NAMA BUKU: SIRI BIMBINGAN UMMAH (1) BAGAIMANA KITA MENDIDIK ANAK-ANAK.



PENTERJEMAH: Mariam Jamilah Yusof



HARGA: RM5 je!


PENERBIT:

MAAHAD TARBIAH ISLAMIAH DERANG, KEDAH-(sekolah kebanggaanku yg byk berjasa kepada diri ini dan memberikan aku pendidikan awal, mentarbiah aku sehingga menjadi INSAN sebegini.

(www.mtiderang.org)



ULASAN:

Buku yg ingin saya ‘kupaskan’ pada kali ini adalah dari SIRI BIMBINGAN UMMAH yg mempunyai 3 jilid (setakat ini). Saya akan kupas buku yg pertama dahulu, dan yg dua lg InsyaAllah pada masa mendatang….

Menjadi ibu bapa bukanlah satu tugasan semudah ABC. Ia adalah satu tangunggjawab yg bakal dipersoal di akhirat nanti. Adakah anda telah tunaikan amanah yg Allah berikan. Adakah anda telah didik anak2 dgn corak Islam.


Menjadi ibu bapa jg bkn hanya sekadar beri makan minum, pakai, tmpt tggl shj. Anak2 wajib dibekalkan dengan bimbingan agama agar akidah mereka utuh dan iman mereka kukuh.

Buku yg terjemah oleh bekas pelajar MTID dari kitab “كيف نربي أولادنا” memberi gambaran kepada pembaca ttg kewajipan lain selain memberi keperluan harian anak2. Milikilah buku ini dan renungilah isi kandungannya, adakah kita telah menepati landasan Islam dalam mendidik anak2.



Jika anda ingin mendapatkannya, bolehlah dapatkan dari Maahad Tarbiah Islamiah Derang atau menghubungi saya dan dapatkannya di tempat2 kuliah saya. Saya tidak membuat jual beli melalui pos kerana kekangan masa, harap maaf!



KEISTIMEWAAN:

1- Tidak terlalu panjang (pasti anda dapat menghabiskannya w/pun anda bukan seorang yg rajin membaca.)

2- Setiap ayat al-quran dan hadis telah ditakhrij dan diterjemah (bg mengelakkan hadis palsu.)

3- Menerangkan adab2 bersama anak2

4- Memberi contoh cara Rasulullah SAW mendidik anak2

5- Memberi teguran dan perhatian kepada ibu bapa ttg kesilapan mereka dalam mendidik anak2.

6- Turut menyediakan tips2 dlm menjadi ibu bapa yg berjaya dunia dan akhirat

7- Semua bab disyarahkan dengan syarahan yg TIDAK panjang lg menjemukan .



BILANGAN MUKASURAT: 70 m/s



SELAMAT MENAMBAH ILMU!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...