Monday, July 12, 2010

hati-hati dengan HATI

Hari ini selepas sarapan n latihan menulis, Abbudey n Abdullah belajar tentang HATI

Allah telah meletakkan hati bagi setiap manusia...

Mula2: Abbudey menggunting symbol 'hati'


Hati yg bakal dijadikan bahan uji kaji


Apabila manusia melakukan satu dosa, maka akan bertanda satu titik hitam di hatinya.

عن أبي هريرة عن النبي صلى الله عليه وسلم قال " إن العبد إذا أذنب ذنبا كانت نكتة سوداء في قلبه فإن تاب منها صقل قلبه وإن زاد زادت " فذلك قول الله تعالى " كلا بل ران على قلوبهم ما كانوا يكسبون. رواه الترمذي

-->Daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW bersabda:

"Siapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh setitik hitam dalam hatinya, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya.Jika menambah (dosa), maka akan bertambahlah (titik hitam).Demikianlah firman Allah yg bermaksud:
((Sebenarnya (ayat-ayat kami tiada cacatnya), tetapi hati mereka telah diselaputi kekotoran dosa kerana (maksiat) yang mereka lakukan))- Almutaffifin: 14))
HR At-Tirmizi



"Kalau x solat satu titik hitam, kalau x dengar cakap mama n baba satu lg titik hitam, klu malas baca quran 1 lg titik hitam......"
(Abdullah melihat Abg Abbudey meletakkan titik2 hitam pada hati yg berdosa)


Jika bertambah dosanya, bertambah hitamlah hatinya sehinggalah hatinya kelam dan tidak mendapat cahaya hidayah...

ثُمَّ قَسَتْ قُلُوبُكُم مِّن بَعْدِ ذَلِكَ فَهِيَ كَالْحِجَارَةِ أَوْ أَشَدُّ قَسْوَةً وَإِنَّ مِنَ الْحِجَارَةِ لَمَا يَتَفَجَّرُ مِنْهُ الأَنْهَارُ وَإِنَّ مِنْهَا لَمَا يَشَّقَّقُ فَيَخْرُجُ مِنْهُ الْمَاء وَإِنَّ مِنْهَا لَمَا يَهْبِطُ مِنْ خَشْيَةِ اللّهِ وَمَا اللّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ



-->
Allah berfirman yang bermaksud
"Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya, dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan." (Surah al-Baqarah, ayat 74).


فَوَيْلٌ لِّلْقَاسِيَةِ قُلُوبُهُم مِّن ذِكْرِ اللَّهِ أُوْلَئِكَ فِي ضَلَالٍ مُبِينٍ


-->
Allah berfirman bermaksud "Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata." (Surah al-Zumar, ayat 22).



Hati yg kotor kerana byk maksiat

Tapi apabila dia beristigfar, maka titik hitam itu akan terpadam

(الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ) (الرعد:28)



-->
Firman Allah bermaksud "Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia." (Surah al-Ra'd, ayat 28)


يوم لا ينفع مال ولا بنون. إلا من أتى الله بقلب سليم

-->
Firman-Nya lagi bermaksud
"Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik." (Surah al-Syura, ayat 88 - 89)




"Astagfirullahal Azim"...titik hitam pun terpadam

Dengan yg demikian, kita mesti selalu berzikir, beristigfar dan membaca al-quran dan jgn biarkanhati kita hitam berkarat..tetapi selalulah lakukan amalan2 soleh agar hati kita bersih berkilat......

Hati yg bersih n hati yg kotor






              KLIK SINI UNTUK LIHAT LEBIH BANYAK AKTIVITI KRAF YANG MENARIK 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...