Mula terbelek2 bila terlihat set beads yg dijual di Giant dgn harga Rm9.99...Tp masih ragu2 utk membeli bila memikirkan risiko rumah bersepah dgn beads tu, n takut kalau hya membazir duit n x byk manfaatnya... Tapi bila balik rumah terkenang2 pula...
Selepas berbincang, menganalisa n berfikir panjang ttg pro n kontra membeli Pyssla beads itu, keputusan yg telah diambil.. ALhamdulillah, InsyaAllah beads yg dibeli ini akan membuahkan byk faedah n pelajaran utk kami ...
Klu anda ingin tahu lebih lanjut ttg Pyssla beads ini, boleh taip perkataan 'Pyssla Beads' dan googlekan sj...mmg menarik bg mereka yg berminat!
Ingin berkongsi manfaat yg kami dapati dr aktiviti kraf menggunakan beads ini:
1- memupuk minda kreatif dan berjiwa seni.
2- mengasah kesabaran...(sgt pening kepala bila beads yg dah disusun tercabut!)
3- Berkasih mesra dan berkomukasi sesama keluarga (bila sama2 memikir n berbincang nak reka apa dgn beads dan sama2 menyusunnya di atas papan)
4- Mengenal warna.
5- Melatih motorik halus (dengan mengambil manik2 ini)...
6- Melatih anak2 bertingkah laku sopan dan baik sesama menggunakan beads ini... (klu anak2 tidak dapat mengawal tingkah laku semasa menggunakan beads ini, alamatnya jenuh mengutip satu rumah.)
7- Melatih menjaga kebersihan (dgn tidak mengepahkan beads ini)
**PERHATIAN 1: HATI2 BAGI MEREKA YG MEMPUNYAI ANAK KECIL AGAR SI BAYI TIDAK MEMASUKKAN BEADS INI KE DALAM MULUT..!!! (krn warnanya yg sgt menarik seperti gula2!!)
dekat mne ye boleh dpt beads nih ?
ReplyDeletedi ikea pun ada
ReplyDelete