Tuesday, September 6, 2011

Kebaikan bermain puzzle

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah skrg km baru temui minat terbaru Abdullah..iaitu bermain jigsaw puzzle..klu tgok Abdullah bermain puzzle mmg khusyuk...

Dan alhmdulillah juga dgn bermain permainan seumpama ini dpt mengisi masa mereka dr menonton tv..



Abdullah menyiapkan puzzlenya


Saya pernah senaraikan bhw puzzle adalah antara permainan yg membuatkan kanak2 ralit di sini:
http://cinta-rasul.blogspot.com/2011/02/antara-aktiviti-yg-boleh-buat-anak2.html


ANTARA KELEBIHAN KANAK2 BERMAIN PUZZLE :

1- mengaktif, meransang otak, embentuk skil pemikiran secara logik serta mengenal objek, dan warna.


2- Melatih koordinasi mata dan tangan dan meransang motor halus kanak2 kerana mereka akan berusaha untuk memadankan kepingan puzzle ke tempat yg betul serta menggunakan kekuatan jari mereka untuk mengambil kepingan2 kecil puzzle.

3-melatih pemikiran logik


Abdullah menyelesaikan puzzle kurang dari 2 minit sambil mengulang al-quran (surah ar-rahman n yasin)


4- melatih kesabaran dan ketabahan kanak2 ketika menyelesaikan puzzle

5- meningkat pengetahuan ttg bentuk n ruang dgn meneliti kepingan dan bentuk2 puzzle.



DUA JENIS PUZZLE YG DIBELI:
12 kepingan puzzle: agak mudah utk adik Abdullah (dpt siapkan dlm masa kurg 2 minit)

40 kepingan puzzle: agak susah dan mengambil masa agak lama utk disiapkan
(terdapat di pasaran yg 68+ kepingan, tapi belum diperlukan lagi sbb payah sgt..step by step la dulu.)



7- meningkatkan kemahiran bermasyarakat dan merupakan peluang yang baik untuk ibu bapa untuk berbual dengan kanak2 dan berkongsi menyelesaikan masalah bersama2.

9- Melatih kanak2 berfikir dan menyelesaikan masalah. Malah jigsaw paling mudah akan memerlukan mereka untuk berfikir tentang apa yang perlu mereka lakukan untuk sempurnakan puzzle tersebut

Abbudey n ABdullah leka dgn puzzle

9-Puzzle juga boleh digunakan sebagai alat bantuan pendidikan untuk mengenal nombor, warna, huruf , dll.


Koleksi puzzle yg ada

Maklumat lanjut ttg kebaikan puzzle, boleh layari web di bawah:

http://earlyeducation.fotopages.com/?entry=1042878

http://carolfinch.suite101.com/the-benefits-of-jigsaw-puzzles-a147474

Saam2lah kita mengisi masa lapang bersama anak2 dgn aktiviti yg berkualiti...



Kali ni menyiapkan puzzle sambil melagukan nasyid KUMPULAN DHUHA "nazhabu ila hadiqatil hayawanat..'
(senangnya hati....)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...