بسم الله الرحمن الرحيم
Ramai ibu bapa biasa memberi hadiah jika anak2 dpt 5A dlm UPSR atau dapat no1 dapat exam @ dapat keputusan baik dalam kelas.
Tapi adakah patut dilabelkan MELAMPAU bila kita memberi hadiah kepada anak2 yg sudah boleh menunaikan solat 5 waktu dengan sempurna di awal waktu?
Nah! hadiah sbb abang solat 5 waktu awal! |
Adakah kita mengada2 kalau kita beri hadiah kepada anak bila dia berjaya menghafal surah2 sekian2 dalam AL-quran?
Seorang teman mengulas ttg perkara ini dengan katanya:
"bila perkara duniawi seperti dpt no1 dalam periksa yg kecik camtu, kita beria2 bagi hadiah kepada anak2, tapi bila anak kita berjaya melakukan dengan sempurna perkara akhirat yg besar dan paling utama seperti solat, ada x kita terfikir untuk bagi mereka hadiah?"
demikianlah komen sahabat saya ini |
Satu soalan yg patut difikir bersama kan?
Adakah kita yg menanamkan cintakan dunia dan lebihkan dunia dari akhirat dlm diri anak?
Alhamdulillah... terima kasih untuk peringatan ini... saya dalam proses train anak solat 5 waktu... moga-moga idea ini dapat membantu :)
ReplyDeleteTerima kasih Puan Farazila kerana sudi mengikuti blog ini.
ReplyDeleteSemoga ALLAH memberkati kehidupan puan sekeluarga