Wednesday, April 10, 2013

Percubaan pertama bersuara Muhammad Taha Al-Junayd

بسم الله الرحمن الرحيم

Saya jarang download bacaan Al-Quran dengan suara Muhammad Taha Al-Junayd, sebab dulu tak kenal lagi. Kebanyakan bacaan AL-Quran yang di download adalah dengan suara:
1- Sheikh Saad AL-Ghamidi
2- Sheikh Sudais & Shuraim
3- Sheikh Masyari Affasi
4- Sheikh Abu Bakr Asy-Syatiri.

Baru2 ni saya download Surah Al-Hujurat dengan Suara Muhammad Taha Al-junayd  (untuk hafazan surah baru Abang Abbudey)dan saya pasangkan bacaan tersebut sedang Abang Abbudey dok buat kerja lain. Saya pasang bacaan Al-Quran itu pun x tak sampai setengah surah, kebetulan saya tak sibuk, saya panggil Abang Abbudey untuk baca Al-Quran.

Saya kata: "Cuba abang baca sedap macam budak tadi tu (muhammad Taha AL-Junayd) "

Inilah yang jadi:
Percubaan pertama Abang Abbudey baca dengan suara Muhammad Taha Al-Junayd
*Maafkan beberapa kesalahan tajwid budak 7 tahun ini,
 InsyaALLAH boleh diperbaiki lagi di masa akan datang, amin3* 

Berapa markah yang boleh diberi kepada Abang ABbudey? 
=)

Bagi saya ini menunjukkan walaupun kanak2 sedang bermain, tapi telinga dan otak sangat peka dengan persekitaran hingga dia boleh meniru suara Muhammad Taha Al-Junayd walaupun baru pasang dalam masa 2 minit sahaja.

Jadi, berilah persekitaran yang baik kepada anak jika kita mahukan anak jadi baik. Jadikanlah persekitaran mesra Al-Quran jika ingin anak-anak hafal Al-Quran.

Moga ALLAH berkati kita semua.
Amin3.

2 comments:

  1. makin hensem abbudey mama :) tahniah abang abbudey!!! makcik kagum degn keupayaan abbudey meniru muhammad toha..dekat nk same tu 25 bintang!! ade lagi 5 bintang nk same betul tu ;) muge abbudey n abdullah cepat lengkapkan 30 juzuk al-quran..makcik tak sabar dah!!!

    p/s: makcik UM pulak excited sudehh ;P

    ReplyDelete
  2. Jazakillahu khairan kathira UM. Brgitu juga doa kami buat kedua2 putera UM. Moga cepat bergelar HAFIZ YANG HEBAT! amin3

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...