Saturday, June 22, 2013

Info buku: Nota Hati Seorang Lelaki

بسم الله الرحمن الرحيم

Ini adalah buku yang telah dibeli beberapa bulan yang lepas atas saranan dari seorang sahabat.

Saya sangat sukakan buku ini. Sering dibaca sebelum tidur. Ibarat muhasabah diri sebelum melelapkan mata. Bagi saya buku ini amat bagus.



Walaupun tajuk bukunya:
NOTA HATI SEORANG LELAKI

tetapi ia tidak bermaksud langsung bahawa orang perempuan tidak boleh dan tidak sesuai untuk membaca buku ini.

Kerana, di sebalik orang lelaki, mesti ada watak wanita juga.

Kerana secara keseluruhan buku ini adalah tentang kehidupan secara umumnya.


Bagi saya, bila saya baca buku ini, ia seperti membaca tulisan Ustaz Hasrizal. Mungkin kerana cara penyampaian dan tulisannya yang mudah meresap masuk dalam hati dengan ayat2 yang mudah difahami.

Mungkin juga kerana gaya pemikiran penulis yang selalu 'lain' dari orang lain.

Buku ini ibarat himpunan cerpen2 tentang kehidupan seorang lelaki sebagai anak, suami, ayah dan lain2.

Isi cerita-ceritanya amat menusuk hati.



Terbitan Telaga Biru

Antara isi kandungan yang saya minat dalam buku ini ialah:
1- Tentang mendidik anak2
2- Tentang merancang bilangan keluarga
3- Begitu juga dengan seorang ibu yang berpenat lelah (berpeluh2) menguruskan rumahtangga tanpa sebarang bayaran.
4- Tentang kematian
5- Tentang rezeki....
...... dan macam2 lagi topik yang serasi dengan kehidupan dan persoalan hidup kita seharian

Bahasanya banyak menggunakan perbualan dan banyak bermain dengan bahasa. sangat menarik dan indah. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...