Tuesday, June 18, 2013

Bercuti di Sabah (episod akhir): Zoo Lok Kawi dan pulang ke Kedah semula

بسم الله الرحمن الرحيم

Ini adalah tempat yang terakhir kami ziarahi di Sabah sebelum terbang pulang ke Kedah.

Flight naik pukul 5, kami pergi ke Zoo Lok Kawi ini pukul 1.30 - 2.30petang.

Perjalanan dari Zoo ke Airport lebih kurang setengah jam sahaja.


jalan menuju ke Zoo Lok Kawi


melihat gajah

antara anak2 dan harimau tu ada cermin yang tebal

tarikan di Sabah


ok, harap maklum
jangan bagi dia makan walaupun dia buat muka kesian.

Abdullah panggil seladang ni 'tatuka' sebab ada watak seladang ini dalam kartun bahasa Arab yang di tontonya:
Hikayat Tatunka
حكايات تاتونكا

Boleh tonton di sini:
http://www.youtube.com/watch?v=0tv7iS8aYFE

نعامة
ostrich

memerang

sun bear

melihat harimau diberi makan

dan masa yang ditunggu2 oleh anak2; Naik gajah!

adik naik dulu

kemudian Abang Abbudey

Baba menjaga mereka
seorang RM 5

Alhamdulillah mereka cool sahaja time naik gajah
mereka seronok dan tak takut pun

Muka Abang Abbudey yang puas dan seronok dapat naik gajah


saksikan telatah anak2 menaiki Gajah di Zoo Lok Kawi di sini:
http://www.youtube.com/watch?v=n2gtpl2g_Vs


Abang Abbudey yang berani memegang ular ini
free sahaja

Bayaran masuk ke Zoo Lok Kawi dan aktivitinya.
Klik untuk besarkan


baba dan anak2 bersama Pak Cik Mustafa, driver sepanjang kami di Sabah  yang amat tepat masanya.
Alhamdulillah

Walaupun penat ketika di Zoo Lok Kawi, tapi abang Abbudey tetap tak tidur sampai tiba di rumah.Adik tidur juga ketika perjalanan dari Sabah ke KL. Saya sangkakan anak2 akan tidur dalam kapal terbang sebab penat berjalan, rupanya sangjaan saya meleset sama sekali.

Kami sampai di airpot pukul 3 petang, kapal terbang naik pukul 5.30 petang. Sampai di KLIA pukul 8. Solat jamak maghrib dan isyak di KLIA. Naik kapal terbang menuju ke Penang pukul 10.50.
Sampai di rumah pukul 12 malam.

Abang Abbudey langsung tak tidur sepanjang perjalanan. Seronok sangatlah tu.
Waktu di KLIA pula, dia berlari merata dengan menolak troli.
MasyaALLAH amat energatik, gembira dan bertenaga sekali


dompet ikan pilihan mereka sendiri  ketika di Pasar Kraftangan Kota Konabalu

cuba meniru aksi M&M tu...
haha

saya bawakan buku cerita untuk mereka baca pada masa menunggu.

keesokkan harinya, lihat banyak kucing yang menunggu untuk diberi  makan

bukan kucing belaan kami.
Kami x bela kucing

Alhamdulillah. ALLAH beri keselamatan, keseronokkan, kebahagiaan dan perjalanan yang berjalan lancar sepanjang masa berada di Sabah. Alhamdulillah. Syukur kepada ALLAH SWT. Anak2 pun amat bertenaga sepanjang percutian di Sabah. MasyaALLAH. 

Moga ia menjadi pengalaman manis untuk dikenang buat anak2 dan kami sekeluarga.Anak2 juga diajar adab2 ketika dalam musafir. 

Ini adalah perjalanan  dan percutian kami berempat yang paling jauh setakat ini. Percubaan pertama dan pelajaran untuk naik kapal terbang dengan anak2 (kecil) tanpa orang lain.


Tapi perlu kepada persediaan awal. Bekalkan makanan, permainan kecil, buku cerita dan buku aktiviti supaya daapt menghilangkan kebosanan mereka ketika dalam kapal terbang dan ketika menunggu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...