بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah....syukur dipanjat kepada ALLAH SWT kerana telah merealisasikan plan dan rancangan kami dengan baik dan selamat semuanya. Alhamdulillah.. syukur.
Pada 1 Jun 2013 hingga 4 Jun 2013, kami sekeluarga berada di Kota Kinabalu, Sabah.
ALhamdulillah. semuanya berjalan lancar dan selamat.
Alhamdulillah ALLAH permudahkan segala urusan.
Antara sebab kami berangkat ke Sabah ialah ini:
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Sedikit catatan dan photo sepanjang kami berada di Sabah akan saya tulis dalam beberapa episod dalam blog ini, InsyaALLAH.
Jadual perjalanan kami pada (1/6/2013) dari Penang Ke KLIA. Tukar Kapal Terbang Ke KK, transit setengah jam di Tawau. (Wah, rasa macam naik bas 'lompat2' la pulak.).
Keluar rumah pukul 4 pagi dan sampai di Sabah pukul 1 tengahari
Menunggu dan menanti |
Abdullah yang lena sepanjang perjalanan dari KL ke KK |
Ubah posisi adik untuk keselesaan Abang Abbudey (main HP baba) |
Hasil kerja Abang Abbudey sepanjang dalam kapal terbang:
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Sampai di Sabah, kami dibawa ke Hotel Tabung Haji D'Bayu Sabah, di Sembulan, Kota Kinabalu
Di Lobi Hotel Tabung Haji D'Bayu Menanti baba menguruskan check in hotel |
Sampai terlena Abang Abbudey di kusyen lobi hotel tu, ditambah dengan air cond yg nyaman di lobi tu, lagi2 pulak dia langsung tak tidur sepanjang dari Kedah ke Sabah. |
Alhamdulillah, saya puji dan kami sukakan penginapan Hotel Tabung Haji D'Bayu Sabah.
Antara sebab2nya ialah kerana:
1- Bilik yang bersih dan amat selesa (baru renovate)
Bilik yang besar |
Alhamdulillah, selesa untuk anak2 berlatih 'melompat jauh'. asyik melompat antara tiga-tiga katil tu. |
Satu lagi yang saya amat suka ialah, doa2 yang dilekatkan dalam bilik tersebut. MasyaALLAH. Amat kagum. |
Doa masuk dan keluar tandas ditampal di luar tandas |
doa pakai dan buka pakaian |
3- Staf muslim (termasuk tukang masak) dan menutup aurat
point ni sangat penting kerana terdapat hotel yang tukang masaknya non-muslim dan kita pun tak tahu sejauh mana bersih dan halalnya hidangan mereka. Hati2. Makanan itu menjadi daging dalam tubuh badan kita.
Bila staf2 hotel menutup aurat, kita pun terjagalah pandangan dan kuranglah dosa mata, InsyaALLAH. Anak2 pun dididik dengan mengamalkan Islam di mana2 sekalipun.
Hatta alunan yg dipasang dalam hotel ini adalah nasyid2 sahaja.
Tetamu2nya pun kebanyakkannya Muslim dan menutup aurat. ALhamdulillah suasana yang sangat damai dan menyenangkan hati. ALhamdulillah.
tandas yang bersih |
di tepi katil |
di pintu bilik |
Pemandangan di luar tingkap, bertentangan dengan bangunan Petronas |
Di Cafe Hotel Sibuk membelek pokok kurma tu betul ke tidak |
Bismillah Sedia untuk sarapan. ambil yang nak makan sahaja, jangan membazir. |
menunggu lif |
sangat suka tekan butang lif |
sarapan lagi |
bergambar dengan iklan diri sendiri di luar hotel Tabung Haji D'Bayu Sabah |
Inilah iklannya |
P/S: 'penyakit' malu untuk rakam dan tangkap gambar ketika program masih sukar dihakis. Tangkap gambar menyorok2, lepas tu, tengok2 x clear langsung.
(lepas habis program, selalu rasa rugi sebab tiada gambar dan rakaman yang boleh disimpan untuk kenangan dan harap ada orang send gambar program...dahsyat punya perangai! huhu...)
InsyaAllah bersambung lagi pada entri yang akan datang
TEMPAT MENARIK DI SABAH
No comments:
Post a Comment