Saturday, June 14, 2014

Bahan Bukti Abang Abbudey diberhentikan hafazan

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada entri yang lepas, saya telah bercerita tentang Abang Abbudey yang kami minta dari panitia Al-Quran di sekolah supaya diberhentikan hafazan barunya kerana terlalu laju hafazannya. Lebih kurang 30 mukasurat ( 1 juz setengah dalam masa sebulan).

Biar lambat asalkan berkualiti hafazannya dan lekat kukuh dalam hati InsyaALLAH, dari cepat tapi cepat lupa hafazannya.

Doa saya untuk semua anak (termasuk anak2 sri tm) agar hafazan mereka tersemat kukuh dalam hati, nanti boleh pula diiringi dengan tafsir AL-Quran, tadabbur dan amalan. Amin ya Rabb.

Kali ini INsyaALLAH saya akan tunjukkan buktinya (nanti tak adalah orang sangka kita cakap kosong sahaja):

buku hafazan Abang Abbudey

Lihat kulit buku sahaja telah membuktikan kesungguhan anak ini menghafaz Al-Quran
(hahaha)

rekod hafazan beliau
1 mukasurat hafazan baru setiap hari





waktu cuti pun perlu buat hafazan.

Tidak boleh tinggalkan hafazan.

Kalau ditinggalkan, akibatnya mudah lupa



mengulang hafazan lama untuk memantapkan lagi hafazan dan ingatan ayat-ayat Al-Quran

Abang ABbudey dan Abdullah sejak bayi bermula menghafaz Al-Quran secara santai dengan hanya mendengar audio sahaja. 

Kini apabila mereka berada di peringkat zaman persekolahan (MasyaALLAH cepatnya masa lalu), mereka lalui proses menghafaz Al-Quran dengan cara yang agak serius, tapi Alhamdulillah ia tidak menjadi masalah bagi anak-anak ini, harap-harapnya kerana hati mereka telah sebati dengan alunan dan hafazan AL-Quran sejak dari kecil.

YA ALLAH berkatilah hidup kami seua di dunia dan akhirat dengan AL-Quran yang kami usaha untuk hafaz, faham, tadabbur dan amalkan

2 comments:

  1. Assalamualiakum...Ustazah boleh tak kalau nak beli buku rekod hafazan.

    ReplyDelete
  2. Boleh emel saya di
    aishahhashimee@gmail.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...