Saturday, October 11, 2014

Kebahagiaan membaca

بسم الله الرحمن الرحيم

Selamat kembali menulis semula untuk blog cinta-rasul ini, InsyaALLAH..

Banyak perkongsian yang akan cuba disampaikan lagi InsyaALLAH selepas  hampir 2 bulan bercuti menulis.


ALhamdulillah antara nikmat kebahagiaan yang sangat suka ialah melihat anak-anak tekun membaca. Satu suasana yang sangat seronok ALhamdulillah.

Kerana itu jugalah saya menyarankan kepada pembaca blog ini supaya memperuntukkan sebahagian duit bulanan kita untuk membeli bahan bacaan untuk anak2. Kalau rm50 sebulan pun cukup untuk membeli bahan bacaan bulanan untuk anak-anak.

Sangat suka mendengar Abdullah membaca buku dengan suara yang kuat

Apabila Abdullah membaca buku, kami semua akan tumpang mendengar.

Abang Abbudey sedang leka mendengar Abdullah membaca buku.

Jika masa kecil, kita yang membaca buku untuk anak2, sekarang anak2 pula membaca buku, dan kita menjadi pendengarnya


tidak sabar untuk membaca buku yang dipilih

Bahagikanlah juga bahan bacaan kepada santai,  ilmiah, dan juga islamik untuk anak-anak.

Menjadi kebahagiaan juga apabila bersama anak2 memilih bahan bacaan di kedai buku setiap bulan.



Minat membaca perlu dipupuk dari anak kecil lagi. Jika buku di rumah sudah banyak, boleh sahaja dipanjangkan pahala dengan sedekah ke perpustakaan sekolah atau mana sahaja. Selagi orang membacanya dan mendapat ilmu dari buku yang kita sedekahkan selagi itulah kita mendapat pahala. Mudah sahaja kan?
Abang mendengar adik membaca.

Anak-anak akan terus teruja  membaca buku yang dibeli dalam kereta sebelum sampai ke rumah


Moga anak-anak terus istiqamah pada minat membaca dan ALLAH kurniakan ilmu yang bermanfaat untuk kita semua. Amin,

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...