بسم الله الرحمن الرحيم
Secara seriusnya inilah antara soalan cepumas yang saya terima.
"Tak rasa anak boring dan rasa memaksa ke bila suruh anak hafal Al-Quran setiap hari dan mengawal hiburan mereka.?"
Jawapan saya:
- Anak-anak sejak dari keluar dari bayi, kita perlu pimpin tangan mereka dan tunjukkan kepada mereka jalan yang betul yang perlu mereka lalui, jalan manakah yang membawa mereka kepada redho ALLAH dan kejayaan di dunia dan akhirat.
- Jika anda kata tidak mahu memaksa, apa kata anda sentiasa bagi pilihan kepada anak-anak samada nak belajar atau tengok TV, nak pergi sekolah atau ponteng, nak baca Al-Quran atau mengadap games berjam-jam. Semua ikut suka hati anak-anak.
Tentu sahaja anak-anak akan pilih yang seronok dan tidak perlu menerah keringat untuk belajar, menghafaz AL-Quran dan membaca. Jadi relakah anda melihat anak yang 'tiada paksaan' itu bermain games, tengok TV, main games lagi, makan sambil main games juga dari celik mata hingga pejam mata. Solat pun culas, puas disuruh-suruh dan dijawab "sekejap, sekejap." - Ini bukan soal paksaan. Tapi ia adalah soal tarbiah dari bayi. Terus terang saya katakan, bila mereka sudah biasa menghafaz AL-Quran dari bayi setiap hari, mereka sudah biasa, dan tidak terasa paksaannya.
Alahai, setakat menghafaz AL-Quran tidak sampai setengah jam pun di rumah. Kemudian mereka akan keluar main basikal atau ke rumah sepupu.
- Malahan masa cuti kami tidak lepas dengan aktiviti yang menggembirakan anak-anak dan sebagai reward kepada mereka (dan diri sendiri juga) yang penat belajar dan bekerja dengan melancong, ziarah rumah saudara dan rakan-rakan, berjalan, mencari aktiviti luar kelas bersama anak-anak seperti memancing, ice skating, berbasikal, shopping, beli buku yang digemari, namun AL-Quran tetap tidak ditinggalkan.
Terapkanlah hidup kita dan anak-anak tidak sempurna jika tidak membaca AL-Quran walaupun sehari. - Jika kita tidak mendisiplin anak-anak sejak dari kecil, jangan menangis menyesal di kemudian hari jika anak-anak sudah meningkat remaja dan susah nak dibentuk dan dinasihati lagi.
- Mendidik anak-anak dengan AL-Quran dan secara keseluruhannya seperti bermain tarik tali. Adakalanya bila nampak anak leka, ajak mereka sama-sama ulang hafazan. Bila nampak mereka agak penat, biarkan mereka bermain (dan saya sentiasa iringi dengan audio AL-Quran) dan mereka cukup suka kalau boleh ikut baba keluar ronda-ronda, pi rumah tokwan, pi tengok kambing, ayam lembu, balik rumah, makan mandi , kalau tak selesai hafazan, boleh selesaikan semula, kalau dah selesai, boleh buat urusan sendiri.
Ucapkanlah bahawa kita bangga dengan mereka dan mereka sangat pandai kerana boleh menghafaz Al-Quran, mereka akan rasa amat dihargai.
Setiap kali bawa anak melancong ke tempat yang mereka sukai, bagitahulah mereka, ini adalah ganjaran mereka bertungkus-lumus menghafaz AL-Quran di dunia, di akhirat nanti lagi seronok hadiah yang ALLAH akan beri, InsyaALLAH.
ALLAH berkati usaha kita semua dan menjadikan anak-anak penyejuk hati yang menggembirakan hati ibu bapa dan kebanggaan semua ahli keluarga. amin3
Sememangnya begitulah sepatutnya kita mendidik anak-anak . Kita akan ditanya diakhirat tentang tanggung jawab mendidik anak-anak. Memiliki anak yang soleh adalah syurga yang disegerakan kepada para ibubapa kerana hati kita akan sangat bahagia dan tenang melihat mereka.
ReplyDelete