بسم الله الرحمن الرحيم
Di rumah kami, TV amatlah jarang sekali dipasangkan. Jika hari sekolah, langsung tidak dipasang.
Jika hari cuti, selagi HW anak-anak tidak siap, hafazan tidak siap, TV tidak akan dipasang.
TV juga tidak akan dipasang tanpa tontonan bersama mama dan baba. Walaupun anak-anak tengok kartun sahaja, tapi ditakuti muncul iklan-iklan yang haram.
Dan jika anak-anak ingin menonton TV di hari cuti, ada had masanya supaya tidaklah berjam-jam menghadap TV sahaja.
Dan oleh kerana sudah biasa dengan disiplin ini, anak-anak tidak ketagih untuk menonton TV dan tidak pula mengamuk kalau saya kata tidak boleh menonton TV.
Jika mereka ada rancangan kartun yang mereka ingin tonton, mereka dibenarkan menonton jika selesai hafazan dan HW dan mereka hanya akan menikmati 'nikmat' kartun itu sahaja. Ditambah syarat, pastikan tak ada watak haram dalam kartun tersebut.
Oh kembali ke tajuk entri di atas, rancangan TV yang saya minati ialah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Khawater, di TV Al-Hijrah.
Maaf saya tak tahu pada hari apa rancangan ini ditayangkan selain hari jumaat..... pukul........(errr... tak ingat)
Saya memandang positif rancangan ini kerana berkisar tentang wawasan dan manusia itu perlu berubah ke arah yang lebih baik.
Setiap tayangannya pasti akan dibawa topik yang mempamerkan kemajuan sesebuah masyarakat yang perlu kita contohi.
Dan rancangan ini selain mengajak kita berubah ke arah yang lebih baik, ia juga mengajak kita berfikir supaya kita sebagai Ummat Islam menjadi ummat yang cemerlang dan berjaya di dunia dan akhirat.
Saya juga menonton rancangan ini bersama anak-anak, dan mereka akan bertanya pelbagai soalan sekitar tajuk yang dipamerkan.
Sebagai contoh tentang tajuk yang menceritakan tentang rasuah dan korupsi. Ditayangkan dan dibawa perbandingan antara negara yang maju kerana tiada korupsi dan negara yang miskin kerana banyak korupsi dan penyelewengan wang.
Sampai rakyat di negara tersebut terpaksa minum air lopak dan longkang kerana terlalu miskin tetapi pemimpinnya gah hidup penuh kemewahan.
Tajuk yang menginsafkan anak-anak.
Habis rancangan tersebut, tutup TV, anak-anak tak sudah-sudah lagi tanya pelbagai soalan tentang tajuk tersebut dan jom baca buku cerita pulak.
entri yang baik dan mendidik. Bagaimana cara untuk hubingi puan. Melalaui fb atau sebagainya. Terima kasih.
ReplyDeleteFB: Aishah Hashimee
Delete