بسم الله الرحمن الرحيم
Dialog bersama Abdullah (7 tahun) ketika makan malam:
" Macammana kita nak jadi ustaz?"
" Kenalah hafal AL-Quran dulu" Jawab baba.
" Memanglah adik hafal Al-Quran lani! tapi macammana nak jadi ustaz?" Abdullah tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan.
"Kena belajar elok-elok." Baba menukar jawapan.
"Adik tau kena belajar elok-elok. Tapi macammana nak jadi ustaz?"
errrr.... kami semua mati akal apa lagi jawapan yang harus dijawab.
"kena daftar apa-apa tak?" Tanya Abdullah.
Perkataan daftar itu sahaja dah lawak dan membuatkan kami semua ketawa.
"Tak, tak kena daftar, cuma kena hafal Al-Quran elok-elok, belajar pandai-pandai sampai habis, akhlak mulia, ajar orang ilmu."
"Dan jangan maki orang."
Titik.
P/s: Cita-cita Abdullah sekarang ialah ustaz.
No comments:
Post a Comment