Saturday, May 16, 2015

Pahit Manis kenangan belajar

بسم الله الرحمن الرحيم

Sepanjang perjalanan menuntut ilmu dari sejak tadika hingga sekarang masih belum selesai lagi (mohon doa kawan-kawan), pelbagai kenangan pahit manis yang dilalui. Cuma kenangan ketika kanak-kanak itu kian kabur (huhu.... sekabur album gambar zaman kanak-kanak yang dimakan anai-anai....huhuhu... tak boleh nak kongsi gambar zaman kanak-kanak dengan anak-anak... so sad...)

1- Antara pengalaman di meja kuliah dahulu (part time masters) , pernah ditanya oleh pensyarah tentang kerja, ketika itu masih suri rumah. Bila dijawab kerja sebagai suri rumah, komen pensyarah tersebut: " Jadi, pemikiran kamu tak berkembang."

Aduh!

2- Di dalam kelas MA kami, ketika KUIN di Alor Setar, kami akan keluar dengan anak-anak seawal jam 6.45, hantar anak-anak di rumah kawan dekat dengan KUIN, kemudian masuk kelas hingga ke Asar. Biasannya hanya untuk 3 subjek sahaja, tapi 1 subjek mengambil masa hampir 3 jam. 

Lepas Asar, akan ambil anak-anak di rumah kawan dan pulang semula ke Kuala Ketil. Tamatlah sehari minggu di jalanraya dan meja kuliah. 

Moga ada keberkatannya

3- Bagi saya juga, jika jangan terlalu percaya cerita kawan-kawan tentang subjek-subjek susah dan gambaran awal tentang sesebuah pengajian. Cukuplah sekadar mendengar kisah dari kawan-kawna, tapi untuk mempercayainya, tunggu dahulu. Bukan kerana menyangka kawan-kawan tidak boleh dipercayai, namun kadang-kadang rezeki kita ada di sana.

Hal sebegini banyak terjadi di alam pembelajaran.

Satunya ketika awal datang ke Syria. Lihat ramai senior-senior di tahun akhir yang terpaksa ulang paper dan ulang tahun, tersemat dalam hati susahnya mengaji di kuliah. Namun dengan rezeki dan pertolongan ALLAH semuanya tidak sesukar yang disangka, Alhamdulillah tidak pernah ulang paper dan tidak pernah juga ulang tahun. Nikmat ALLAH yang amat besar.

Begitu juga ketika menyambung pengajian di KUIN, ramai kawan yang bercerita tentang pelajaran Dr.X yang hanya 2 orang sahaja yang boleh lulus, itu pun cukup-cukup makan. Jadinya ramai yang tidak mahu ambil subjek Dr.X pada semester tersebut.

Kami yang tidak tahu cerita itu sebelum ini telah pun mendaftar untuk subjek Dr.X, jadinya tawakkallah kepada ALLAH.

Dan benarlah ramai pelajar yang tidak mahu ambil subjek Dr.X. Hanya 6 orang sahaja dalam kelas Dr.X . Subjek pula adalah subjek yang agak berat, iaitu Muqaranatul Adyan (perbandingan agama), namun apabila mengambil peperiksaan, Alhamdulillah kami lulus untuk semua subjek termasuk subjek Dr.X... Alhamdulillah.

Begitulah, mungkin rezeki kita ada di situ dan ALLAH sentiasa membantu kita.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...