Thursday, June 11, 2015

Membaca buku di PLAY BOOKS

بسم الله الرحمن الرحيم

Musim cuti sekolah kali ini kami banyak duduk di rumah sahaja. 

Oleh kerana 'masalah kesihatan' juga, aktiviti membaca (membeli buku) agak terbantut hinggalah terjumpa aplikasi 'play books' di handset.. Sebelum ini , tak pernah kisah nak membelek pun aplikasi tersebut.

Bila dah terjebak, banyak buku menarik yang dibeli.

Komen saya tentang aplikasi ini ialah:

1- Pilihan buku yang pelbagai. Buku masak, buku agama, kartun, novel dan macam-macam ada





2- harga yang lebih murah dari buku betul

3- Ada sample buku beberapa helai (banyak jugalah) untuk anda baca tentang buku tersebut.

4- Boleh dibeli bila-bila masa, asalkan ada debit card atau credit card. Tengah malam, kalau tak boleh tidur pun, boleh terus beli buku dan baca.




5- Jimat masa dan duit minyak pergi ke ke dia buku. Kadang-kadang stress jadi bila buku yang nak dibeli tiada di kedai buku.








Membaca amat menyeronokkkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...