Seperti biasa ramai orang yang akan bertanya tentang pemilihan nama anak.
Antara sebab kami pilih nama Ahmad Zaid ialah:
1. Sejak zaman universiti, ketika mendengar warden asrama (anisah ula) menyampaikan kisah para sahabat selepas majlis zikir selepas isyak, saya sangat suka dan tertarik dengan kisah Zaid bin Haristah. Seorang hamba yang dijadikan anak angkat Rasulullah sallahu alaihi wasallam. Kisah kasih sayang Rasulullah sallahu alaihi wasallam kepada zaid hingga digelar 'hibbu rasulillah sallahu alaihi wasallam' amat terkesan dalam diri hingga saya berazam untuk menamakan anak di masa hadapan dengan nama zaid.
Zaid juga adalah satu satunya nama sahabat yang termaktub dalam Al quran.
Ahmad juga adalah nama Rasulullah sallahu alaihi wassalam yang disebut di dalam Alquran.
2. Zaid bin Tsabit pula antara penulis wahyu.
Sungguh para sahabat masing masing mempunyai kehebatan dan kelebihan yang tersendiri. Moga anak anak ini dapat mencontohi mereka dan menjadi insan yang hebat di sisi Allah, menjadi insan yang dikasihi Allah dan RasulNya. Amin ya rabb
No comments:
Post a Comment