بسم الله الرحمن الرحيم
Perbezaan umur antara Ahmad Zaid dan Abang Abdullah selama 8 tahun membuatkan kami banyak lupa tentang perkembangan bayi.
Dan semestinya perkembangan kemahiran bayi dari sebulam ke sebulan sangat menjadi perkara yang menyeronokkan dalam keluarga dan pasti menjadi memori indah akan dirindui.
Abang-abang Ahmad Zaid pun cukup seronok bercerita tentang perkembangan baru adik mereka. Bagai cahaya yang menggembirakan di dalam rumah kami.
Bila ahmad zaid pandai bersuara buat pertama kali, Abang Abdullah terkejut dan mula panggil mama dan baba untuk menunjukkan kemahiran Ahmad Zaid mengeluarkan suaranya dan menjerit dengan kuat.
Kerana itulah, saya ingin mencatatkan perkembangan-perkembangan tersebut jika berkesempatan agar ia tidak lupa di masa hadapan.
Catatan ini tidak lain hanya untuk merakamkan kenangan indah bersama Ahmad Zaid di usia bayi di dalam keluarga kami.
Ceritakanlah yang baik-baik tentang anak-anak ini dan bersikap positiflah dengan segala perkembangannya, moga-moga Allah menjadikannya dan anak-anak yang lain insan yang bertaqwa di kemudian hari.
Apalah lagi yang lebih berharga yang ingin dikejar selain taqwa.
Amin Ya Rabb
Perkembangan Ahmad Zaid di usia 4 bulan ini:
- Sangat memberi respon kepada sesiapapun. Tidak takut kepada orang asing. Jika Ahmad Zaid cukup tidur dan cukup kenyang, dia akan bergelak dan bersembang dengan siapa pun.
Sudah pandai memberi respon - Mengeluarkan bunyi (seperti 'engkee'. 'kho khe' dan bunyi menjerit seperti ikan lumba, hanya menggambarkan suara Ahamd Zaid) dan menjerit-jerit bila ditayangkan flashcard alif ba ta. Seperti yang ditulis dalam entri yang lepas bersama dengan videonya, rujuk entri lepas untuk melihat videonya.
- Sangat memberi respon kepada alat permainannya. Sudah pandai mencapai alat permainan di Playgym dan menggenggam apa yang digemarinya.
aktif bermain di Playgym.
Playgym yang ditebus menggunakan point bonuslink.
Tanpa perlu megeluarkan duit. - Sudah mula pusing badan.
- Boleh duduk diam dalam stroller dan kelihatan suka dibawa berjalan dengan stroller.
- Masa tidur Zaid adalah masa untuk mama menulis tesis, buku dan lain-lain. Ketika Ahmad Zaid bangun, kami akan fokuskan untuk melayan dan berkomunikasi dengan Ahmad Zaid.
- Abang-abang juga bergilir-gilir tangguk Ahmad Zaid dalam buaian (jika Ahmad Zaid tidur) sambil menghafaz Al-Quran setiap malam agar mama dapat tasmik mereka secara bergilir-gilir sambil melipat baju juga.
Sambil mulut menghafaz Al-Quran, mata memandang AL-Quran, tangan menghayun buaian.setiap malam menemani abang-abang menghafaz Al-Quran dan membuat kerja sekolah - Sudah makin menembam.
- Kelihatan seperti seorang yang mudah panas dan berpeluh-peluh.
- Sangat suka makan jari dan merasa semua benda dengan mulut
- Begitulah perubahan suasana dalam keluarga kami dengan kehadiran Ahamd Zaid.
Insan yang bersama-sama membentuk Ahmad Zaid menjadi orang yang soleh, Amin |
Allah letakkanlah anak-anak ini dalam peliharaanMu dan biarkanlah mereka membesar dalam suasana Islam dan biah solehah agar kelak mereka menjadi insan yang bertaqwa yang ikhlas untuk menyebarkan agama Allah. Amin Ya Rabb
No comments:
Post a Comment