Friday, May 6, 2016

Kemeriahan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016 MAEPS

بسم الله الرحمن الرحيم



Alhamdulillah tahun ini kami berkesempatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016.

MasyaALLAH seronoknya dapat ke Pesta Buku.

Pada saya pergi ke pesta buku, bukan hanya dapat membajai minat membaca dalam diri sendiri dan anak-anak, malahan juga dapat menaikkan semangat untuk terus menulis.

Doakan kami.

Saya masih lagi menyimpan niat, idea dan hasrat untuk menulis buku kanak-kanak dalam Bahasa Arab (dan terjemahan melayu).

Setiap hari bercambah-cambah idea dan berkobar-kobar semangat  untuk menulis buku kanak-kanak.

Hasrat begitu membuak di dalam hati dihalang dengan tesis PhD.. Perlu fokus untuk siapkan tesis PhD dahulu, Ya Rabb

Ya ALLAH, berkatilah masa kami dan permudahkanlah kami untuk terus memberi manfaat kepada insan-insan lain.

Antara Perbezaan PBAKL 2016 berbanding yang lepas yang menggembirakan anak-anak ialah:

1- Banyak booth pilihan untuk buku kanak-kanak.

Boleh pilih buku-buku yang banyak manfaat.
Antara buku2 yang anak-anak pilih untuk sepupu-sepupu di Kedah,

Memberi sedekah dan hadiah dapat mencambahkan kasih sayang

Hadiah percuma yang dapat dari Booth Ana Muslim.

Kotak Pensil Besi

Seronok Abdul Rahman & Abdullah

Bersama Puan Roza Roslan di Booth Galeri Ilmu


Bersama Dr.Zahazan

Anak-anak juga seronok kerana banyak aktiviti untuk mereka



Terdapat juga permainan untuk anak-anak di luar dewan.

Berganda-gandalah seronoknya!
















Alhamdulillah...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...