بسم الله الرحمن الرحيم
Penerbangan kami ke Indonesia pada penghujung Bulan Januari yang lalu memang bertujuan utama untuk menziarahi keluarga Sheikh Mahir sahaja.
Kami tidak plan pun untuk berjalan-jalan di Indonesia kerana tahu jalannya yang selalu sesak dan lambat berdasarkan pengalaman 3 tahun yang lalu.
Namun, apabila diajak, kami tidak lepaskan peluang untuk ke Bandung.
Itupun balik hari sahaja. Keluar dari Cianjur jam 9 pagi dan sampai semula ke sana jam 9 malam.
Kami hanya pergi ke Gunung Tangkuban Perahu untuk melihat kawah gunung berapi di sana.
Perjalanan dari Cianjur ke Bandung memakan masa 3 jam.
Anak-anak pun asyik bertanya berulang kali bilakah akan sampai?
1 hari hanya cukup untuk pergi ke satu tempat sahaja kerana jarak yang jauh dan perjalanan yang lama.
JANGAN LUPA UNTUK MEMBAWA JACKET KERANA ANGIN KENCANG DAN SEJUK DI GUNUNG TANGKUBAN PERAHU INI.
Gambar berlatar belakangkan kawah gunung berapi ini wajib diambil jika sampai ke Gunung Tangkuban Perahu ini. |
Sangat teruja untuk menunggang kuda di sini |
Ahmad Zaid yang sangat seronok dapat berjalan setelah 3 jam di dalam kereta. Puas kepung Ahmad Zaid yang mahu berjalan sendiri. Kami setia mengikutnya dekat-dekat dari belakang. |
Ahmad Zaid yang mahu turun berjalan |
Penjual bekas tisu menjual barangannya |
Alhamdulillah percutian yang menyeronokkan.
No comments:
Post a Comment