Thursday, March 16, 2017

Perkembangan Ahmad Zaid (1 tahun 3 bulan)

بسم الله الرحمن  الرحيم

MasyaALLAH...

Kemajuan teknologi menyebabkan perasaan untuk membesarkan Ahmad Zaid sedikit berbeza dari kedua abangnya.

Sebenarnya kami sudah banyak lupa tentang  perkembangan abang-abangnya ketika seusia Ahmad Zaid sekarang hinggakan apabila kami melihat semula memori-memori dan catatan lama tentang aktiviti abang-abangnya di dalam blog ini, kami rasa takjub semula dengan perkembangan mereka ketika usia itu.

Manusia ini banyak sungguh lupanya ya.

Masa juga terasa amat pantas berlalu.

Abdul Rahman dan Abdullah yang dahulu kecil comel, sekarang sudah mendekati usia remaja. MasyaALLAH.

Sejak mengandungkan Ahmad Zaid, saya menambahkan ilmu dan info tentang kandungan dan bayi melalui aplikasi HP dan juga emel yang dihantar melalui aplikasi tersebut.

MasyaALLAH...

Banyak ilmu baru yang dapat menambahkan lagi pengetahuan kita terhadap bayi dan anak kecil kita.

Seperti petikan emel ini:



MasyaALLAH, perkembangan bahasa Ahmad Zaid juga hampir sama dengan apa yang tertulis dalam emel tersebut.

Ahmad Zaid sangat suka menyebut:

"Kuroh"
 (Bola dalam Bahasa Arab)
Dia sangat sukakan bola.

Malahan ada permainan yang digemarinya juga disebut 'kuroh'

Perkataan lain yang selalu disebutnya ialah

"Bye" sambil melambai-lambai tangan.

"Gol" Setelah menendang bola.

"Eeeeeiii" apabila dia melihat sesuatu yang digelikan.



Antara arahan yang sudah difahami oleh Ahmad Zaid ialah arahan supaya bersalaman dan tutup pintu.

InsyaALLAH semoga Ahmad Zaid membesar menjadi insan yang cintakan ilmu dan dekat dengan Ilahi.

Amin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...