بسم الله الرحمن الرحيم
Sebenarnya banyak kali ingin menulis tentang perkara ini, namun dimatikan sahaja hasrat itu.
Ada rasa tidak sedap dalam hati.
Pada masa ini, jika anak-anak pergi bermain bola sepak di padang, kami sentiasa menemani mereka.
Hak anak-anak untuk bermain di luar |
Kelihatan ada juga beberapa ibu bapa yang seperti ini jika anak-anak mereka masih kecil.
Pelbagai perkara yang dibimbangi:
Bimbang cedera atau dicederakan.
Bimbang juga jika anak-anak terkesan dengan budaya yang tidak baik di padang.
Walaupun kita didik anak-anak kita dengan baik, kita tetap perlu berdoa agar mereka boleh memberi kesan yang positif kepada orang di luar sana dan tidak terkesan dengan perkara yang negatif di luar sana.
Mereka makin membesar.
Jika ketika kanak-kanak, bolehlah kita kepung mereka dengan akhlak mulia di rumah sahaja.
Apabila mereka makin membesar, mereka makin terbuka kepada dunia luar. Pelbagai unsur positif dan negatif yang mereka akan temui.
"Bila kita dah hafal Al-Quran, kita doalah selalu bagi ALLAH jadikan Al-Quran tu penjaga kita dari kita buat benda tak elok. Mama dulu nakal jugak, tapi sekarang bila mama dah dewasa, mama rasa AL-Quran banyak jaga mama dari jadi lagi nakal lagi masa kecik dulu." Sambil berjalan sambil bercerita kepada Abdullah di sebelah.
Kesukaan mereka juga jika dapat berbasikal bersama-sama kami |
"Abang dengan adik jangan ikut akhlak tak baik dari kawan-kawan di padang. Jangan cakap benda yang tak baik. Tegur kawan-kawan tu." Pesan lagi kepada anak-anak.
"Hari tu abang tegur depa, tapi depa marah abang balik. Depa kata depa bukan ejek abang pun."
Begitulah. Ada kanak-kanak yang lidahnya tak lepas dari sebut perkataan-perkataan tak elok. Dalam keadaan marah atau tidak, asyik menyebut perkataan yang tidak elok saja.
Semak rasa dalam hati.
Ada dua tiga kali baba pun turut menegur.
Alhamdulillah ada di antara mereka berhenti menyebut perkara yang tak elok itu.
"Abang adik pun jaga lidah.. Jangan ejek-ejek orang lain." Pesan juga kepada anak-anak.
Terfikir juga, bagaimanalah kanak-kanak kecil begini tidak kasar bahasanya, bila orang dewasa sendiri ramai yang berbahasa kesat.
Lihat sahaja komen-komen di ruangan media sosial... Di Facebook....
Allah....
Moga Allah ampuni dosa kita semua dan berikan kita peluang untuk memperbaiki diri.
Terfikir juga, bagaimanalah kanak-kanak kecil begini tidak kasar bahasanya, bila orang dewasa sendiri ramai yang berbahasa kesat.
Lihat sahaja komen-komen di ruangan media sosial... Di Facebook....
Allah....
Moga Allah ampuni dosa kita semua dan berikan kita peluang untuk memperbaiki diri.
Anak-anak juga ada salah silapnya dan kami redho jika guru-guru memberitahu kesilapan mereka kepada kami.
"Hang ada tinggal solat tak?" Tanya salah seorang rakan bermain bola anak-anak.
"Mestilah tak. Jadi orang kafir tau kalau tinggal solat." Balas anak.
Ada juga anak-anak yang baik-baik di padang itu. Anak-anak pensyarah INSANIAH.
Namun apa buruk itu, kita cubalah untuk berdakwah kepada mereka.
Semoga kita dapat mengislahkan diri dan masyarakat.
Semoga ALLAH pelihara diri kita dan zuriat kita dari maksiat dan kemungkaran.
No comments:
Post a Comment