Saturday, June 2, 2018

Merakam prestasi anak-anak?

بسم الله الرحمن الرحيم


Walaupun sudah lebih 11 tahun berterusan menulis dalam blog ini, sebenarnya banyak juga hasil tulisan dan memori yang semakin dilupa.

Contohnya tentang prestasi anak-anak di sini:

Lama rasanya tak buka entri ini, bila terbuka pada beberapa hari yang lalu, beberapa perkara yang saya fikirkan:

1. Banyak tahun tak update tentang prestasi anak-anak. Lalu saya cuba update beberapa tahun yang lalu yang tidak diupdate

2. Merenung kembali dan bersyukur atas nikmat Allah yang memberi peluang keemasan untuk anak-anak ini melakar memori indah kejayaan dalam hidup mereka.

Semua ini tidak lain hanyalah kurniaan dari Allah Subhanahu Wa Taala.

Jika bukan kerana anugerah Allah, tiada nikmat yang mampu kita kecapi.

Alhamdulillah...

Johan hafazan Al Quran kategori 3 juz

Manisnya kejayaan yang dikecapi oleh Abang Abbudey dalam pertandingan hafazan Al Quran Itqan di UIAM pada bulan lalu.

Lama sudah Abang Abbudey tidak merasai kejayaan seperti ini.

Ia amat meningkatkan keyakinan dirinya dan memberi motivasi.

Moga Allah berkati dan jauhkan dari segala keburukan.

Bersama barisan pemenang



3. Walaupun kejayaan ketika zaman kanak-kanak dianggap kecil bagi sesetengah orang, namun bagi saya, ia adalah suatu perkara yang besar dalam perjalanan hidup, ibarat mendaki tangga-tangga kejayaan, sedikit-sedikit hingga ke puncak. Amin..


4. Ada ketikanya anak-anak menang dalam pertandingan.

Ia memberi aura positif dalam diri mereka dan meningkatkan keyakinan diri mereka.

Ada ketika juga mereka gagal dalam pertandingan, namun ada juga kebaikannya insyaAllah.

Agar mereka menjadi lebih kuat mengharungi pahit getir kehidupan dan agar mereka lebih merasakan manisnya kejayaan yang dicapai.


5. Sentiasa terus berdoa bersungguh-sungguh agar anak-anak terus melakar kecemerlangan di dunia dan akhirat.

Buktikanlah bahawa Orang Islam sentiasa mampu untuk cemerlang.

Jadilah cemerlang kerana Allah.

Amin...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...