Tuesday, October 15, 2019

Dilem menjadi pandai

بسم الله الرحمن الرحيم

Ketika saya bersekolah rendah, saya hanyalah pelajar yang sederhana sahaja. Ramai lagi pelajar yang cerdik-cerdik.

Namun, apabila naik ke sekolah menengah, saya hanya akan mendapat no.1 sahaja dalam peperiksaan.

Hinggakan ketika menjadi calon tumpang untuk peperiksaan SMU (Sijil Menengah Ugama) di sekolah agama di Sungai Udang, Melaka, saya mendapat no.1 di kalangan calon-calon kesemuanya walaupun saya hanyalah calon tumpang dan bukan pelajar asal sekolah tersebut.

Naik ke peringkat diploma Bahasa Arab, kelas yang menempatkan para siswi dari berbilang bangsa. Ada dari Jepun, Amerika, Britain, China, Perancis, Russia dan banyak lagi, saya masih mengekalkan prestasi dan mendapat no.1 di dalam kelas yang ada hampir 100 orang dengan pangkat cemerlang walaupun ketika datang Syria dengan tangisan kerana tidak pernah berpisah dengan keluarga dan tidak pernah duduk asrama





Apabila naik peringkat degree, saya tidak mampu untuk mempertahankan kedudukan nombor 1 kerana pengajian di kuliah, ada yang diajar menggunakan bahasa pasar, bahasa arab fushah tapi cepat sungguh pensyarah cakap, silibus 14 subjek perlu lulus dalam setahun.

Jika gagal 1 subjek, boleh ulang peperiksaan semula. Namun jika gagal lagi, perlu ulang tahun itu semula.

Sistem begini agak sukar. Ramai siswa siswi samada Arab atau orang asing yang gagal.

Ramai juga yang pulang ke tanah air tanpa sijil.

Namun rezeki Allah ada di mana-mana. Terasa cemburu pula apabila ada rakan sekelas dari Terengganu yang direzekikan Allah mendapat Mumtaz dan nombor 1 dalam kelas pada setiap tahun.

Allah...

Rasa tertekan juga ketika itu.

Dalam masa yang sama juga, rasa bersyukur sebab tidak pernah ke ulang peperiksaan mahupun ulang tahun.

Ia adalah satu tekanan dan kesedihan apabila terpaksa ulang subjek dan tahun. Begitulah keadaannya apabila melihat ramai rakan yang kesedihan apabila diumumkan terpaksa ulang peperiksaan dan ulang tahun.

Allah...

Dalam rasa bersyukur kerana lulus, namun tetap ada sedikit kekecewaan kerana tidak dapat mencapai target peribadi untuk mendapatkan gred Mumtaz.

Allah...

Begitulah suka duka zaman belajar.

Ia satu kenangan dan pengalaman dan tidak dapat dilupakan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...