Tuesday, December 22, 2020

MENCARI UNTA MERAH JEPUN

بسم الله الرحمن الرحيم


 MENCARI UNTA MERAH JEPUN.


Unta ada di Jepun?😅


Karya Ustaz Abdullah Bukhari adalah antara yang saya suka baca kerana penceritaannya yang menarik dan bersahaja, bahasa yang mudah dan ayat-ayat Al-Quran yang diulas dan mengaitkannya dengan realiti semasa. Penuh informasi namun tidak menjemukan.


Antara buku beliau yang pernah dibaca sebelum ini ialah Kisah Malaysia Berkurung, Ceritera Haji dan Wartawan Al Quran.


Apabila seseorang itu belajar di dalam pengkhususan tafsir dan sains Al Quran, sebenarnya ia membuatkan dirinya lebih berhati-hati untuk mengulas tentang ayat Al-Quran. (Begitu jugalah yang saya rasakan bila menulis tesis Master dan phD dalam bidang tersebut).







Buku ini menceritakan liku-liku usaha dakwah Ustaz Abdullah dan Tim Japan Dakwah Centre (JDC) di Jepun, negara yang dipandang tinggi kerana kecanggihannya, namun disebalik itu ada 'dahaga' yang tersembunyi.


Usaha dakwah mereka yang sistematik dan konsisten di sana.


Banyak kisah menarik dan ilmu yang bermanfaat yang dapat diperolehi dari buku ini. Bagaimana Al Quran membawa penulis ke Jepun. Masyaallah, kagum dengan semangat dakwah mereka. Moga ada yang dapat kita contohi. Amin.


Ada juga cerita tentang Muhd AbdulQaiyum 恋優夢 😁


Ingin tahu apakah unta merah yang dicari di Jepun? Carilah jawapannya dalam buku ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...