Thursday, October 19, 2023

Perlukah menulis biografi diri sendiri?

 بسم الله الرحمن الرحيم 


Al marhum Sheikh Yusuf Al Qaradhawi ada menulis, sebenarnya beliau tidak mahu menerbitkan biografi dirinya sendiri kerana ia bagaikan memuji diri sendiri sahaja.


{فَلَا تُزَكُّوٓاْ أَنفُسَكُمۡۖ هُوَ أَعۡلَمُ بِمَنِ ٱتَّقَىٰٓ}

((Maka janganlah kamu memuji diri kamu. Dialah sahaja yang lebih mengetahui akan orang yang bertaqwa.)) An Najm: 32


Namun ramai rakan yang menggesanya menulis biografi dirinya atau orang lain yang akan tulis nanti dan ia pastinya tidak setepat yang diceritakan sendiri.



Kerana itu, lahirlah naskhah ابن القرية والكُتَّاب yang amat banyak manfaat di dalamnya dan tak jemu membacanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...