بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 10/10/22
Masyaallah ketika kami membawa anak-anak dan para pelajar ke Pengajian Syeikh Sa'id Al Kamali di KUIPs, Perlis pada 9/10/22, sepanjang perjalanan kami, kami sentiasa dibelanja ketika singgah makan dan belanja.
Kami pergi dengan sebiji van membawa beberapa orang pelajar thanawi/ menengah lelaki dan perempuan.
Kami keluar sejurus selepas solat Subuh di Masjid Maahad pada ja 6.30.
Ketika sampai di Chang
lun, kami singgah di Warung Mak Tok di tepi untuk sarapan pagi. Nasi berlauk sedap di situ.
Selesai makan, ketika ingin bayar, ada seorang pakcik yang turut makan di situ telah bayar semua makanan kami seramai 20 orang.
Begitulah juga ketika singgah makan tengahari di Restoran Cendol Pak Jo di Hosba. Makanan tengahari itu dibelanja oleh pemilik warung tersebut sambil beliau meminta agar mendoakan kedua ibubapanya yang sedang sakit. Semoga Allah berikan kesembuhan kepada mereka. Amin.
Sebelum itu, ketika kami dan para pelajar berbelanja di Padang Besar, Perlis, para pelajar turut dibelanja. Mereka membeli susu dalam botol sebanyak RM50. Ketika ingin membayar, tuan kedai tidak mahu ambil duit dan sedekahkan barang jualannya kepada mereka.
Mungkin sejuk mata mereka melihat anak-anak remaja yang berbaju kemeja dan berkopiah, kerana itulah terbuka hati mereka untuk bersedekah.
Moga hati batin kita lebih baik di sisi Allah sebagaimana zahir luaran yang dilihat baik oleh manusia.
Amin.
.
No comments:
Post a Comment