Sunday, March 9, 2025

Nasihat untuk anak yang solat laju.

 


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 16/10/22


Ketika solat Isya', Ahmad Zaid (7 tahun) masuk solat ketika saya sudah 2 rakaat.


Tapi solatnya laju, dia selesai solat dulu walaupun dia mula solat ketika saya sudah di rakaat kedua.


Walaupun baru berusia 7 tahun, tapi nasihat untuk memperbaiki solat perlu disampaikan agar anak-anak sentiasa solat dengan baik.


Begitulah juga dengan anak-anak yang lain. Dulu masa Abang Abbudey kecik pun, sering pesan jangan banyak bergerak, garu-garu, kuis-kuis jari, ketika dalam solat 


Selepas solat, saya beritahu Ahmad:

"Ahmad, Allah bagi kita rezeki banyak, kita nak Choki-choki, dapat, nak sauk ikan dapat, nak macam-macam pun Allah bagi rezeki. Takkan Allah suruh kita solat sat je pun, kita buat laju-laju?"



Ahmad nampak faham dengan nasihat itu.


"Allah bukan wajibkan kita mengail ikan setiap hari. Kalau Allah wajibkan kita mengail ikan setiap hari, jenuh kita berdosa kalau tak dapat ikan. Tapi Allah wajibkan kita solat sehari lima kali je. Mudah je. Kenalah solat elok-elok. Jangan solat laju-laju."


Saya kaitkan dengan mengail ikan kerana Ahmad selalu mengail ikan.


Semoga kualiti solat kita dan anak-anak semakin meningkat dan diterima Allah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...