Wednesday, November 15, 2017

Alhamdulillah... Antara impian yang tercapai.

بسم الله الرحمن الرحيم


"Sheikh. Perkenalkan, anak ini dulu lahir di Syria." Seorang pemuda yang mengenali keluarga kami memperkenalkan Abdul Rahman kepada Sheikh Ratib An Nabulsi.


"Anak yang lahir di Syam insyaAllah anak-anak yang berkat." Sheikh Ratib mendoakan dengan penuh optimis.

Seterusnya beliau terus berdoa untuk anak-anak.

Bertemu dengan Sheikh Ratib An Nabulsi
Antara doa dan cita-cita saya adalah agar ramai sheikh terkemuka di Syria yang kami menuntut ilmu bersama mereka datang ke Malaysia, seperti yang pernah ditulis dalam entri ini pada tahun lalu:
http://cinta-rasul.blogspot.my/2016/08/mengutip-hikmah-dr-rotib-nabulsi.html


Banyak yang pernah ditulis tentang Sheikh Ratib An Nabulsi di dalam blog ini, seperti di sini:


11 tahun yang lalu, kami sering berjalan kaki, membawa Abdul Rahman yang masih bayi ke Masjid Annabulsi untuk mendengar kuliah Maghrib Sheikh Ratib.

Ia penuh dengan input ilmu,bahasa yang tersusun rapi, penuh berhikmah, penuh ingatan kepada Allah dan RasulNya dan keinsafan.

Alhamdulillah.. Kelmarin anak-anak juga sempat mendengar dan menyalin isi kuliah Sheikh Ratib An Nabulsi.

Walaupun terdapat beberapa kesalahan ejaan dalam Bahasa Arab, namun ia adalah satu usaha yang dipuji kerana mereka mampu untuk menyalin semula apa yang disampaikan oleh sheikh di dalam kuliah.

Inilah antaranya:

Catatan Abdullah

Catatan Abdul Rahman


Rakaman video kuliah yang kami hadiri:



Beberapa hari sebelum itu, baba menjadi penterjemah untuk kuliah Sheikh Ratib An Nabulsi. Boleh tonton di sini:


Semoga ada manfaat dan keberkatannya.


Lagi Kuliah Sheikh Ratib An Nabulsi di Malaysia:










Sunday, November 12, 2017

Info Buku: 365 Tip Didik Anak Gaya Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam

بسم الله الرحمن الرحيم


* semua gambar di bawah di screen shot dari ebook 365 Tip  Didik Anak Gaya Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam*


Buku kali ini seringkali saya lihat promosinya, namun tidak terbeli lagi.

Tetapi apabila saya melihat harga buku ini dalam versi ebook di Play Store yang lebih murah dan sampel isi kandungan dalam buku yang sangat menarik, ia menarik minat saya untuk menambah lebih minat saya untuk lebih tahu tentang buku ini.




isi kandungan buku
versi ebook



Kelebihan buku ini ialah:

1- Tidak sarat dengan teori sahaja, bahkan terus ke tip untuk diamalkan.

Mudah untuk dipraktikkan.






2- Gaya persembahan buku yang sangat menarik.












Saya kongsikan juga kebaikan buku ini di dalam Facebook peribadi saya:



Beberapa helaian buku ini boleh dibaca DI SINI


Selamat membaca.

Thursday, November 9, 2017

Info Buku: Cakar Ayam Seorang Doktor

بسم الله الرحمن الرحيم

Antara genre buku yang diminati selain travelog adalah buku yang berkisarkan bidang kerjaya.

Mungkin kerana ingin mengetahui macammanalah suasana kerjaya orang lain.

Ini adalah buku berkisar tentang kerjaya doktor.


 





Sebelum ini juga pernah membeli buku seperti ini dan isinya menarik hati.

Kelebihan buku ini ialah:

1- Penuh informasi

2- Penuh pengajaran. 
(Bukan setakat pengajaran kesihatan sahaja, malahan pengajaran agama juga ada terkandung di dalamnya)

3- Ilustrasi yang lucu dan menarik.


4- Isi kandungan yang santai dan beremosi. Adakalanya kelakar, ada juga yang menyedihkan dan memberi pengajaran.


Setelah selesai membaca buku ini, terus rasa nak baca siri kedua dan ketiga.
Sumber FB

Sumber FB
Alhamdulillah banyak buku yang menarik yang ada di pasaran sekarang ini.

Seronoknya kalau banyak dalam bentuk ebook, senang dimiliki dan lebih murah.


Monday, November 6, 2017

Minat Melukis Ahmad Zaid pada usia 1 tahun 7 bulan



بسم الله الرحمن الرحيم

14/7/2017


**Catatan ini adalah untuk merekod memori ketika anak-anak masih kecil yang pasti akan dirindui pada masa akan datang.

Salah satu minat Ahmad Zaid pasa usia ini ialah melukis bola....

Mulutnya sering berkata:
"kuroh... kuroh..kuroh..." berulang kali sambil melukis.


Kuroh adalah bola dalam Bahasa Arab.

Adakalanya Ahmad Zaid menulis menggunakan tangan kanan ataupun kiri.

Ahmad Zaid melukis kuroh...
Suara belakang Abang Abbudey yang demam dan batuk... 
Syafahullah..

Jika dapat pen, pasti dia akan mahu melukis kuroh

fokus nak melukis

Baba pun terkejut melihat buku penuh dengan lukisan kuroh
Ahmad Zaid


Join buat tesis sekali.

Tesis Ahmad Zaid ialah lukis
kuroh kuroh kuroh


Hasil tesis lukisannya sendiri.
Sudah pandai mengawal jari-jarinya untuk melukis
bersaiz kecil.


Feeling mak-mak sangat

Anak pandai lukis kuroh pun dah syok sangat

Semoga terus maju dunia dan akhirat

Amin.

Friday, November 3, 2017

Kuasa kata-kata positif kepada anak-anak

بسم الله الرحمن الرحيم

Adakalanya ketika hari kita penat dan tertekan, kita tidak mampu untuk melayan anak-anak dengan sehabis baik.

Tetapi kita cubalah sehabis baik untuk mengeluarkan kata-kata yang baik kepada anak-anak.





Kata-kata positif dan doa untuk anak-anak.

Antara yang pernah diucapkan kepada anak-anak:

"Tahniah adik sebab adiklah orang pertama yang habis puasa 6 Syawal ni di rumah dan Maahad. Alhamdulillah adik dah dapat pahala puasa setahun."

Setiap kali anak-anak membantu dan memberi khidmat kepada kita:
"Jazakumullahu khairan kathira anak soleh..."

Begitu juga apabila mereka sering membantu tanpa mengeluh:
"ALhamdulillah.. Jazakallahu khairan kathira abang sebab banyak tolong mama dna baba. Abanglah anak jaminan syurga."

Semoga kata-kata positif ini ada impak besar yang baik dalam diri anak-anak.

Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...