Thursday, July 19, 2018

Kenangan masa kecil anak-anak

بسم الله الرحمن الرحيم

Allah...


Tahun ini adalah tahun terakhir Abang Abbudey di sekolah rendah.

Sudah 12 tahun Allah bagi nikmat kami untuk bersama-sama anak-anak.

Doa kami sentiasa semoga ALLAH pelihara anak-anak dari perkara buruk dan maksiat. Satukanlah kami semua di Syurga Al-firdaus

Amin Ya Rabb..



Seringkali apabila melihat gambar atau hasil kerja anak-anak ketika kecil, mesti terasa Ya Allah...pantasnya masa berlalu...


Segala yang telah berlalu seperti mimpi

Hasil tulisan diari Abang Abbudey dulu.

Seringkali juga ia membuatkan hati ini sebak.

Semoga ALLAH sentiasa redha dengan apa yang kita lakukan pada masa lalu dan berkati usaha kita kini dan pada masa hadapan.


Monday, July 16, 2018

Kenangan lalu tentang makanan

بسم الله الرحمن الرحيم

Bila dah berkeluarga dan anak-anak pun kian membesar, seringkali kita teringat kenangan lalu bersama ibu ayah dan ibu.

Adakalanya apabila makan.

Seperti yang pernah ditulis dalam entri 5 tahun lalu di sini:


Begitu juga apabila baba membeli donat bagi meraikan dan menghargai usaha anak-anak yang berusaha untuk menghafaz Al-Quran.

(Ada ditulis dalam entri di sini:


Apabila melihat donat ini teringat masa zaman kami kanak-kanak dulu, kalau abah balik dari Brunei (Abah dulu kerja 2 minggu di Brunei dan 2 minggu di Malaysia, tiap-tiap bulan abah naik kapal terbang ke Brunei)  dan bawa donat ini, mak akan potong 4 atau 2 supaya semua orang dapat rasa pelbagai jenis donat.

Begitulah apabila mempunyai adik beradik yang ramai dalam keluarga.

Perlu dididik berkongsi dan sama rata.

Makanan yang direbut-rebut itulah yang dirasakan sangat sedap.

Begitulah kenangan lalu yang mendidik kita.

Friday, July 13, 2018

Tambahan ilmu tentang mimpi ngeri

بسم الله الرحمن الرحيم

Apabila dipublish secara automatik entri ini:

Alhamdulillah pada malam tersebut, Allah lorongkan saya untuk menonton Kuliah Maghrib Live Ustaz Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim yang mengulas tentang buku tulisannya yang bertajuk Ayat-ayat Syaitan: Membongkar Rahsia Jin, Syaitan dan Iblis Di Dalam Al-Quran.

Boleh lihat dan beli di sini:
https://play.google.com/store/books/details?id=6hAJAwAAQBAJ


Alhamdulillah pada minit 27:00, ustaz ada mengulas tentang serangan syaitan dalam bentuk mimpi ngeri dan bagaimana secara saitifiknya badan yang sakit juga boleh menjadi punca kepada mimpi ngeri.


Sumber gambar dari video:
https://www.facebook.com/lensakuliah/videos/1654033544632073/?fref=mentions&pnref=story
Minit 27: 00 (-22:51)


Satu ulasan yang baik yang memberikan ilmu tentang post entri yang berkaitan pada hari tersebut dalam blog ini.


Alhamdulillah...

Semoga ALLAH lindungi kita semua dari segala gangguan syaitan yang direjam

Tuesday, July 10, 2018

Jadilah unik yang terpuji

بسم الله الرحمن الرحيم

Beberapa kali, saya sering terfikir bahawa kita tidak terlalu mengikut apa yang dilakukan oleh orang ramai.

Kita juga perlu melakukan perkara yang ramai orang tidak lakukan.

Namun pastikan perkara itu adalah betul, tidak langgar syariat dan dimurkai ALLAH.

Bukanlah bermaksud, jika orang solat subuh 2 rakaat, kita solat 4 rakaat untuk menjadi unik dan lain dari orang lain.

Namun sebenarnya banyak perkara yang ditinggalkan oleh orang zaman sekarang yang patut kita lakukan.

Antaranya sunnah-sunnah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam yang kian disisihkan.

Begitu juga, jika kita dapati ramai orang tidak berbicara tentang ketuhanan dan Al-Quran, jadilah kita orang yang berbicara tentang perkara tersebut.

Jika kita dapati ramai orang tidak menyebut dan mengajak orang lain membaca buku, jadilah kita orang yang menggalakkan orang dengan budaya ilmu dan membaca.

Jadilah orang yang melawan arus peradaran masa pada sudut yang positif.

Teringat hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam:
Maksud Hadis:
Jangan kalian menjadi imma’ah! Kalian mengatakan : ‘Jika manusia berbuat baik, kami pun akan berbuat baik; jika mereka berbuat kezaliman, kami juga akan berbuat zalim’. Akan tetapi, kokohkan diri kalian. Jika manusia berbuat baik, kalian juga berbuat baik, jika mereka berbuat buruk, maka jangan kalian berlaku zalim”. (HR. at-Tirmidzi dan beliau meng-hasan-kannya)


Imma’ah adalah orang yang tidak punya pendirian. Ia mengikuti pendapat setiap orang dan tidak pernah istiqamah diatas sesuatu pun.




Semoga bermanfaat 

*Sumber gambar: Google

Saturday, July 7, 2018

Info Buku: Buku-buku yang mengaitkan kehidupan berpandukan Al-Quran

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah saya berjumpa dengan buku-buku yang menarik yang mengaitkan apa yang berlaku dalam kehidupan dengan ayat-ayat Al-Quran.

Keistimewaan buku-buku ini ialah:

1- Menggunakan bahasa yang mudah dan santai

2- Mendatangkan kisah-kisah benar yang adakalanya dipandang biasa, namun ada kaitan dan iktibarnya yang boleh dipandang dari sudut Al-Quran.

3- Penulisnya merupakan orang yang khusus dan mendalami bidang Al-Quran dan tafsir. InsyaALLAH dikemukakan tafsir yang betul dan jauh dari terpesong

4- Kisah-kisah dalam buku ini mampu menjadikan muhasabah buat diri kita.


Inilah buku-bukunya:







MasyaALLAH. Sungguh cara takjub dan suka dengan gaya penulisan seperti buku-buku ini. Sehingga timbul cita-cita untuk menulis seperti ini juga;

InsyaALLAH banyak manfaat yang anda boleh dapat dari buku ini.

Selamat membaca.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...