بسم الله الرحمن الرحيم
Awal tahun ini selepas dua minggu persekolahan, Abdul Rahman berjaya menamatkan hafazan Surah Ali Imran dan Juz 4 (berbaki 7 juz lagi) . Abdullah pula selesai juz 1 (Berbaki 14 juz).
Alhamdulillah..
Ia adalah satu usaha gigih anak-anak yang perlu dihargai.
Anak-anak bersungguh-sungguh menghafaz Al-Quran dan mengulangnya tak kira hari sekolah ataupun cuti.
Keadaan mama yang kadangkala tidak sihat dan tidak dapat mendengar hafazan mereka ketika cuti yang lalu membuatkan mereka sama-sama tasmik hafazan masing-masing.
Kadang-kadang periksa apa yang mereka lakukan di dalam bilik dan dapati mereka sedang tasmik hafazan sama-sama.
Malahan kesukaran Abang Abbudey menghafaz Surah An-Nisa juga diselesaikan sendiri dengan berusaha mendengar audio Surah tersebut berulang kali hingga lancar.
"Surah An Nisa ni ayat pasal harta pusaka ni payah lah." Abbudey menyuarakan kesukarannya.
Begitu juga dengan ayat tantang wanita-wanita yang diharamkan berkahwin dengan mereka.
Agak sukar untuk dihafaz.
Abang Abbudey cuba selesaikan sendiri kesukaran itu dengan mengulang audio ayat tersebut berulang kali.
(Antara audio bacaan Alquran oleh Sheikh Saad Alghamidi yang paling saya sukai bacaan Surah An Nisa'. Bacaannya mendayu dan sayu. Masyaallah.. Boleh cuba dengar. Memang syahdu.)
Walaupun dalam kesukaran begitu, Abang Abbudey tetap dengan azam 2018nya ingin menghafaz 1 muka surat hafazan baru setiap hari.
"Kalau susah, kurangkanlah hafazan tu, setengah muka pun tak apa." Mama cuba memberikan cadangan.
"Tak apa. Abang nak hafaz semuka jugak sehari."
Pernah ditanya kenapa Abang Abbudey bersungguh nak hafaz semuka hafazan baru sehari, namun tiada jawapan yang ditemui.
"Saja..." Satu perkataan dari Abang Abbudey.
Abang Abbudey sudah merencanakan dan meletakkan target masa dalam mindanya untuk khatam.
"InsyaALLAH bulan 7 nanti abang akan habis hafal Al-Quran."
Jarang sekali beli donat ini. Teringat ketika zaman kanak-kanak, kalau dibeli donat ini, mesti mak akan potong 4 atau dua, supaya seorang boleh merasa pelbagai perisa. |
Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH yang menganugerahkan semangat berkobar-kobar dalam hati Abang Abbudey untuk terus menghafaz Al-Quran. Ia adalah satu faktor yang sangat penting.
Tanpa semangat, tentu akan layu, malas, tidak mahu berusaha untuk menghafaz Al-Quran
Sedikit perkongsian ketika bertukar-tukar fikiran dengan penulis hebat yang bersemangat membentuk ummah, Dr.Anayasmin (InsyaALLAH banyak manfaat yang boleh anda dapat dari pengkongsian di dalam Facebook beliau. Pernah juga tulis reviu buku beliau di sini:
"Mungkin sedikit yang saya ingin kongsikan, perjalanan anak anak menghafaz Al-Quran perlu kepada usaha gigih. Usaha menghafal kalam Allah pasti Allah akan bantu. Kita perlu beri 'banyakkk' sokongan kepada anak-anak. Menghafal mudah diingati, tapi sukar untuk dijaga dan kekal ingat. Perjalanannya juga tak perlu tergopoh-gapah. Bersabarlah. Perjalanannya perlu tabah. Perjalanannya pasti diberkati Allah. Menghafal Al-Quran itu tidak wajib, namun kemuliaannya amat memukau. Anak anak saya pun lama perjalanan mereka menghafal Al-Quran.Dari bayi hingga kini hampir 12 tahun. Berbaki 7 juz (dan Abdullah 14 juz lagi) lagi usaha mereka menghafal."
Salah satu cara untuk menghargai usaha gigih mereka melalui hobi kegemaran mereka. Raikan sedikit zaman kanak-kanak mereka akan semakin dipenghujungnya. |
Malahan, sikap anak-anak yang rajin menolong juga patut dihargai.
Tolong jaga Ahmad Zaid.
Tolong buat susu Ahmad Zaid.
Tolong cuci dan salin pampers Ahmad Zaid.
Tolong mandikan Ahmad Zaid.
Tolong lipat baju dan mop rumah.
"Nanti mama belikan 1 biji Hotwheels." Seronoklah mereka kalau dengar ayat sebegitu.
Namun mereka tak berani nak minta kerana pasti akan dibalas:
"Tolong mama kenalah ikhlas..."
No comments:
Post a Comment