Friday, June 12, 2009

LUANGKAN 5 MINIT DARI 1440 MINIT ANDA SEHARI

Artikel kali ini aku tulis selepas terkenangkan kata2 seorang sheikh sewaktu aku di Kuliah Dakwah di Syria dulu.

Sheikh tersebut ialah Sheikh Bassam Daud ‘Ejek. Sheikh Bassam ialah Dekan Kuliah Dakwah Islamiah , di Mujama’ Sheikh Ahmad Kiftaro,Dimasyk.


-SHEIKH BASSAM (KANAN) BERSAMA SHEIKH SOLAHUDDIN KIFTARO, ANAK KEPADA PENGASAS MUJAMMA' SHEIKH AHMAD KIFTARO (KIRI)


Beliau adalah seorang pensyarah yang sangat ‘kemas’, berkredibiliti, rendah diri, mempunyai gaya percakapan yang menarik dan unik. Tak hairanlah beliau dapat menjadi dekan dalam usia yang boleh dikatakan muda berbanding dengan pensyarah2 lain yang jauh lebih tua daripadanya. W/pun sheikh Bassam lebih muda daripada pensyrh2 lain, tetapi itu tidak bermakna beliau seorang sombong, hanya duduk di bilik air cond, melayan orang seperti majikan dengan pekerja. Yang dapat aku lihat, beliau seorang yang rendah diri dan akan ‘tunduk’ mendengar apa yang dikatakan oleh pensyarah2 lain yang lebih tua daripadanya. Mungkin itulah rahsia yang membuatkan diri beliau dilihat HEBAT oleh orang lain.


-SHEIKH BASSAM (TIGA DARI KIRI)


Mata pelajaran yang diajar Sheikh Bassam dahulu ialah istishraq dan akidah. Kata2 beliau sungguh menarik perhatian pelajar dan tidak membosankan. Mungkin kerana beliau tidak bercakap ammi dan ikhlas dalam mengajar….Begitu juga dengan kebanyakan sheikh di Syria yang mengajar kami di sana.


Satu kata2 yang masih aku teringat dari mulut Sheikh Bassam ialah: LUANGKAN SEDIKIT MASA DALAM HARI ANDA UNTUK MEMBACA BUKU. WALAUPUN SESIBUK MANA SEKALIPUN ANDA, PALING KURANG BACALAH SATU LEMBARAN SEBELUM TIDUR…ITU PUN KALAU TAKDE MASA SANGAT.


Beliau buat contoh pengasas Mujama’ Sheikh Ahmad Kiftaro (Rahimahullah) yang sangat menghargai masanya dan tidak membiarkan ia pergi tanpa faedah. Masanya akan diisi samada dengan ilmu ataupun ibadah. Hinggakan kalau beliau ingin menaiki kapal terbang, tempoh menunggu samada di check in, atau menunggu kapal terbang berlepas dan kapal terbang mendarat, beliau akan habiskan dengan membaca.


Begitu juga dengan sheikh Bassam. Katanya, beliau tidak akan membiarkan sehari pun berlalu tanpa beliau membaca buku. Walaupun beliau pulang dari musafir dari luar negara sekalipun beliau tetap akan membaca walaupun satu mukasurat..

Bayangkan, walaupun kita hnya membaca satu mukasurat dalam sehari, setahun dah lebih 300m/s yg kita baca. Itu kalau semuka, kalau bermuka2….Byk ilmu yang tambah dalam dada.


Jadi, nasihat utk semua (termasuk diri ini) tambahkan ilmu dengan membaca…teruskan membaca, membaca, membaca….

InsyaAllah, lepas2 nie aku akan bg TIPS untuk ISTIQAMAH DALAM MEMBACA…BUKAN HGT2 TAHI AYAM JE…BR LIMA M/S BACA, DAH TARUK BUKU DALAM ALMARI….huhuhu


Perhatian: Buku yang dimaksudkan adalah selain buku sokolah, buku komik, majalah hiburan dan yang seangkatan dengannya…

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...