-->
Pada 23/12/2009 (Hari Rabu) alhamdulillah, perancangan kami untuk bercuti di Sarawak sejak bulan 6 yang lalu telah diperkenankan Allah.
Abbudey terpaksa ditolak bersama bagasi kerana letih berjalan
Kami keluar dari rumah pada pukul 3 ptg dan menuju ke Airport Penang dan terus terbang ke Kuching, Sarawak .
Salah satu kenderaan pengangkutan yg setia membawa kami ke mana sepanjang berda di Kuching
Hj. Rashid (pemandu van yang sangat penyabar)
Kami sampai di Kuching lebih kurang dalam pukul 8 mlm. Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan Allah.
Rumah pertama yg kami lawati sejurus turun dari kapal terbang
Rombongan kami yang disertai lebih kurang 20 orang warga Kedah. Keluarga kami saja dah 11 orang: Mak, abah, adik aku ARIF, AMIN , CT (dan suami dia MOHD n anak dia ALIA), aku anak beranak 4 orang.
Sebahagian dari ahli rombongan lelaki
(Dr kiri: Muhammad, Arif, PakLong Md.Nor, Pemilik Blog, Hj.Rashid, Cg. Ya, Abah)
(Depan: Abbudey dan Amin)
Turut serta dalam rombongan kami ialah YB Jeneri, Kedah, Cikgu Yahya Abdullah atau lebih dikenali dengan CIkgu Ya. lihat http://pkwr-jeneri.blogspot.com/.
Cikgu Ya YB ADUN JENERI
Kebetulan pula CIkgu Ya agak rapat dengan mak dan abah. Mereka juga sering bermusafir bersama dan pernah ke Kemboja dan Syria bersama.
Sampai di Kuching, urusan pengangkutan dan penginapan telah diuruskan oleh kenalan Cikgu Ya. Kerana itu rombongan kami disambut meriah dan penuh ceria oleh pihak di sana .
Berkongsi pengalama seorang YB sementara menanti Feri sampai ke darat
Kami menetap di sebuah homestay dua tingkat yg cukup selesa dan penuh dengan kemudahan.
Inilah rumah homestay tempat kami menginap di Kuching SArawak
Siap dapur, alat memasak dan mesin basuh baju. ALhamdulillah bayaran penginapan dan pengangkutan juga agak berpatutan. Memang puas hati....
Ruang makan (kotak atas meja itu berisi ikan terubuk untuk dibawa pulang ke Kedah)
Ruang tamu yang kemas dan terus kemas semasa kami menetap di sini
Malahan juga, kami sempat menetap dua hari satu malam di kawasan perkampungan di Sadong Jaya berdekatan dengan Kota Samarahan.
Sesi makan2 di rumah panjang di Sadong Jaya
Satu pengalaman yg menarik apabila dapat bermalam di rumah panjang masyarakat Sarawak .
Di sinilah kami menetap dua hari satu malam di rumah panjang di perkampungan Sadong Jaya, lebih kurang 3 jam dari Kuching
InsyaAllah, byk lg yg ingin aku ceritakan pada masa akan dtg.. InsyaALlah ada kelapangan akan aku kongsikan bersama......
No comments:
Post a Comment