Thursday, December 31, 2009

DIJAMU MASYARAKAT SARAWAK

Kujungan rombongan kami selama seminggu di Sarawak disambut dengan penuh mahabbah oleh warga Sarawak.

Pokok jagung yang ditanam di bawah rumah


Abdullah melihat hujan yang turun lebat

Ke mana sahaja rumah yang kami singgah, tentu dijamu oleh tuan rumah dengan penuh bersemangat.

Menerima panggilan dari Kedah, orang cari awat ustaz x mai kuliah....

Koridor luar rumah yang panjang

Lebih-lebih lagi sewaktu bermalam di perkampungan Sadong Jaya. Hidangan bersalin hidangan disajikan kepada ahli rombongan kami.

Ini hyalah sebahagian sahaja dari hidangan yang disajikan
Bermula dengan kuih-muih dan teh, kemudian nasi dan lauk-pauk dan akhir sekali buah-buahan....Semua itu membuatkan kami tersandar kekenyangan.

Time mkn durian Sarawan pulak

Malahan peluang untuk menjamah pelbagai jenis makanan yg tidak terdapat di Kedah turut tidah kami lepaskan. Tapi, semua makanan yg dihidangkan sgtlah enak.
Abbudey bermain di ruang tamu rumah panjang di Sadong Jaya

Antara makanan Sarawak ialah: Burasak.

Burasak

Burasak ini adalah makanan tradisi masyarakat Bugis..proses membuatnya bermula dengan beras dimasak dengan santan sehingga separuh masak.

Burasak sebelum dikukus
kemudian dipadatkan dalam daun pisang sehingga berbentuk 4segi tepat tebal 1cm..kemudian diikat dan direbus selama 8 jam.. Ia juga dimakan bersama lauk seperti nasi.

Ikan terubuk goreng (sgt sedap dimakan jika diperah asam limau)

Terdapat juga buah Dabai yg bentuknya seakan2 buah kurma tetapi rasanya lemak manis dan sedap dicicah garam.


Buah Dabai

W/pun pada mulanya ada susah untuk menerima rasanya, tp lama kelamaan jatuh cinta pula pada rasa Buah Dabai ini.

Dabai lagi....

Menaiki feri untuk menyeberangi sungai, bayaran hya $1 utk sebuah kereta, dulu free....

Lebih dari itu, pelbagai kek dan kuih muih disajikan sepanjang kami tinggal di Sadong Jaya. Masyarakat di sana amatlah ramah dan mesra. Pasti dihhidang dengan makanan yg teramat byk.

Tidak melepaskan peluang mencuba membuat pasu w/pun x jd

Hampir semua saudara mara tuan rumah di sana inginkan kami mengunjung mereka di sana. Tapi apakan daya masa kami terlalu suntuk di sana. Malahan ada rakan2 di sana yg kecewa kerana kami tidak dapat memenuhi permintaan untuk datang meziarahi rumah mereka.

Bandar Kuching

Terasa macam hari raya pula apabila menziarahi rumah masyarakat di sana dan diraikan dengan penuh kemesraan.

Antara rumah panjang
Walaupun keadaan rumah dan kemudahan di sana masih di peringkat kampung (terutama tandasnya yang masih di luar rumah), tetapi masyarakat di sana sgtlah mesra.

Abah, mak n cucu di depan pintu masuk Kampung Budaya Sarawak di Gunung Sentubung.
W/pun begitu, batasan2 agama tetap dijaga dengan baik.

Merakam kenangan di hadapan Dewan undangan Negeri SArawak

Kumpulan wanita bersama wanita, dan lelaki bersama lelaki.

Rasa amat terharu apabila pemergian kami dari perkampungan Sadong Jaya itu ditangisi oleh masyarakat di sana dengan penuh kehibaan. Bangunan Dewan Undagan Negeri SArawak

Tidak disangka perkenalan hya sekejap itu membuatkan masyarakat di sana menitiskan air mata dgn pemergian kami. Begitulah masyarakat kampung yg berhati lembut.
Baba n Abdullah

Seperkara lagi yg amat menarik perhatian di perkampuangan Sadong Jaya ialah pemandangan hijau yg amat mengasyikkan.

Bumi Sarawak yg amat subur amat menggembirakan hati pabila melihat tumbuh2an di sana begitu subur. MasyaAllah.


Kami juga sempat menziarahi Pekan Sebuyau dah Simunjan di sana.

Pekan Simunjan
Pekan Sebuyau

Sewaktu di Kuching pula, kami sempat menziarahi Rumah bekas pesuruhjaya PAS yg pernah bertanding dalam piliharaya lalu sebagai Calon ADUN Sadong Jaya.

Kami sempat menziarahi Haji Adam

Calon2 PAS yg pernah bertanding dan yang bakal bertanding (yeke?)
(DAri kanan: Haji Adam (calon PAS di Sadong Jaya), Cikgu Ya (YB ADUN Jeneri), Amri (???))
Di sana kami dijamu pula dengan Laksa Sarawak yg dibuat sendiri.

Laksa Sarawak yg dibuat sendiri oleh tuan rumah


Hj Adam berbesar hati mengupaskan durian buat kesekian kalinya

Bukan itu sahaja, malahan pelbagai jenis kuih muih dan durian turut di bawa keluar. Kalau berntandang di rumah2 di Sarawak

Sesi makan2 lagi
mereka akan menghidangkan makanan yg sgt byk.

Masa untuk shopping Kek Lapis SArawak
Kena rasa semua sekali sblm beli

Ketika di Kuching juga, kami sempat singgah di semua gerai makan muslim yg menjual ayam panggang.
Sempat singgah ke Taman Buaya Sarawak

Abbudey yg sgt berani mendekati Buaya
Kesian buaya kebulur
Di Sarawak dipanggil manok. Rasa ayam panggangnya yg berbeza dgn ayam panggang di semenanjung bersama pencicahnya yg sgt sedap sentiasa membuatkan rasa terliur dan terasa ingin menjamahnya lagi.
Aksi Bahaya pemandu SArawak
Kalau dia brek, x tercampak ke durian tu kena kepala dia??!!

                                  LAGI TEMPAT MENARIK YANG PATUT DILAWATI
Bersambung lg.......

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...