Sunday, April 10, 2011

Macammana ajar anak hafaz quran?

Kebelakangan ini saya sering ditanya cara apa yg saya pakai utk anak2 mudah hafal al-quran di usia kecil...

Saya pernah terangkan sebahagian daripadanya di sini:
http://cinta-rasul.blogspot.com/2010/01/petikan-buku-tiga-langkah-mudah-didik.html

Dan InsyaAllah saya akan ulas sedikit lagi...




Adik Abdullah membaca hafalannya dr Surah Ar-Rahman dr ayat 1-19.


Ya..sebenarnya saya hanya guna cara yang sgt simple dan mudah (tidak perlu kepada kerja yg banyak dan sikap rajin....!)

saya hanya PERDENGARKAN QURAN kepada anak2 sahaja...

Takkkan dengan memperdengarkan bacaan al-quran kepada anak sahaja, mereka boleh menghafal...

Anda mungkin tidak percaya jika anda tidak mencubanya.Tetapi saya telah menjalankan ujikaji kepada dua2 anak lelaki saya..dan ia berhasil!!...kedua2 nya dapat menghafal al-quran seawal usia 1 tahun!!!

Saya telah memperdengarkan anak2 bacaaan al-quran melalui komputer (sampai rosak speaker laptop) setiap masa, ketika mereka tidur, bermain, dan lain2 ...Dengan syarat, jgn on tv (adab dgn al-quran , dan jangan byk menyembang..)... Itu ketika mereka di rumah..

Skrg km byk menghabiskan masa di dalam kereta..pagi2 setengah jam dlm kereta utk perjalanan ke sekolah dan ptg setengah jam lg dalam perjalanan balik ke rumah....Masa ini juga saya isi dengan memperdengarkan anak2 bacaan al-quran melalui usb dan dipasang di radio...

BUKTI PALING KUKUH BAHAWA ANAK2 BOLEH MENGHAFAL DR PROSES MENDENGAR SAHAJA adalah seperti anda membiarkan anak2 menonton kartun..contohnya kartun Doraemon yg ditayangkan di TV seminggu sekali.... x sampai beberapa bulan, anda akan lihat anak anda akan menyanyi lagu yg dimainkan di permulaan dan akhir kartun Doraemon itu walaupun ia dalam Bahasa Jepun!!!..dan itulah realiti anak2 dari dulu hingga sekarang...

Itu baru kartun doraemon yg ditayangkan seminggu sekali sahaja, anak2 boleh menyanyikannya semula....bagaimana jika mendengar bacaan al-quran setiap hari??!!

Anak anda akan menghafalnya dan membacanya sendiri TANPA PAKSAAN, ROTAN DAN KERAHAN!!!




Abang Abbudey dengan hafalan terbarunya dr Surah Al-Maarij ayat 1-24


Dan saya juga mula memperdengarkan mereka bacaan al-quran sebelum kelahiran mereka hingga ke hari ini dan INsyaALlah akan berterusan....

Untuk mendengar bacaan mereka sebelum2 ini, anda boleh lihat di sini:
http://cinta-rasul.blogspot.com/search/label/mendidik%20anak%20dgn%20al-quran


Dan tujuan saya mempamerkan bacaan mereka adalah untuk MEMBERITAHU KEPADA MASYARAKAT TTG KEPENTINGAN DIDIKAN ISLAM DARI USIA KECIL DAN UNTUK MEMBUKTIKAN BAHAWA ANAK2 BOLEH MENGHAFAL AL-QURAN SEAWAL USIA 1 TAHUN!

Jika saya menyorokkan bacaan mereka, bagaimana dunia dapat menyedari perkara ini...

DAn jika saya katakan bahawa anak saya berusia 2 tahun boleh menghafal quran tanpa sebarang bukti, ada sesiapakah yg ingin percaya??!! semua kenyataan perlu kepada bukti...rakaman2 inilah buktinya...

jadi , konklusinya..terpulang kepada anda untuk percaya atau tidak dengan keberkesanan kaedah ini, asalkan anda sudah mencubanya dahulu......

SELAMAT MENCUBA DAN SAYA DOAKAN SEMOGA ANDA BERJAYA!!!

p/s: Saya amat berbesar hati utk mendengar sbrg kemusykilan dan soalan dr anda ttg cara yg guna ini....INsyaAllah saya akan jawab sebaik mungkin...

12 comments:

  1. MasyaAllah.

    Mengalir air mata saya mendengar anak2 akak menghafaz ayat quran..

    Moga-moga saya juga menghafaz satu al quran. doakan saya kak.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih datang ziarah...Km doakan enti dapat lakukan yang terbaik InsyaAllah...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...terima kasih atas tips memperdengarkan bacaan al quran ketika anak tidur,main dsbgainya

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum. Puan ada amalkan apa2 semasa mengandung x? Dr segi pemakanan, setiap hari puan mengaji quran, dr segi hubungan kekeluargaan. Suka sy melihat ank puan yg kecil tlh mghafal surah al waqiah. Sy sndiri x sehebat itu. Semoga Allah swt merahmati puan sekeluarga di atas perkongsian ilmu ini. InsyaAllah, akn sy amalkan tips yg puan berikan ini.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum puan,tahniah.bleh sy tahu heaps Kali sehari utk diperdngarkan dan brape surah sehari,harap puan boleh terangkan secara detail d email sy, UMMIHUMAIRASAYIYYA@gmail.com.
    tm ksh bnyak puan

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum puan, boleh puan emailkan cara yang betul secara detail kepada email saya: istanacahaya@gmail.com.
    terima kasih atas perkongsian puan.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah saya sudah send emel =)

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum,
    boleh saya tanya pendapat puan peringkat umur berapa disarankan untuk mengikuti sekolah tahfiz swasta. Apa pendapat puan berkenaan menghantar anak sekolah seperti biasa atau dihantar ke sekolah full hafazan. Terima kasih

    jom singgah
    tshirtmuslimahd-saffa.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum puan, boleh puan emailkan cara yang betul secara detail kepada email saya: momzyrah@gmail.com.
    terima kasih atas perkongsian puan.

    ReplyDelete
  10. Mohon di email kepada saya juga cara2nya. Saya sudah mulakan langkah sejak anak berumur 4thn dan kini beumur 6thn. sedang struggle utk beristiqomah. Mohon jasa baik puan untuk share dgn saya ya di email aziechibie@gmail.com. Jzakallah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...