Friday, August 12, 2011

ujian quran adik abdullah dan perihal TV

Bismillahirahmanirrahim.

Sebenarnya entry kali ini pernah di siarkan sekitar bulan Ogos dulu. Tapi oleh kerana ada beberapa perkara yg saya kurang jelaskan, jd saya ulang siarkan semula...


Baru2 ni sempat merakam telatah adik Abdullah (3 bulan lg nak masuk 3 tahun) ketika menguji ingatan hafalannya..

Saya buat ujian untuk Abdulah seperti dlm Musabaqah hafazan quran, dimana para peserta akan 'ditebuk' hafazannya dari mana2 surah yg telah dihafalnya..

begitulah cara musabaqah hafazan quran dijalankan..Boleh juga lihat dokumentari ttg muasabaqah hafazan quran di sini:
http://www.youtube.com/watch?v=U9du_ooPNEU&feature=related

Dan ada juga tahfiz yg buat exam quran dlm cara ini...



Abaikan gayanya dan makhraj huruf yg masih belum fasih....


Semasa saya mengambil ijazah sanad al-quran di SYria pada tahun 2003 dulu, begini jugalah cara ujian quran dilakukan untuk mndapatkan ijazah quran. Selepas pelajar mmdenagrkan bacaan hafazan kepada guru hingga sempura 30 juz, pelajar akan dibawa berjumpa sheikh mahyuddin kurdi utk di'tebuk' hafazan dr mn2 saja ayat dlm quran. JIka sheikh puas hati dgn hafazan n tajwidnya, barulah diberi ijazah, kalau tidak, perlu diulang semula ujian, hinga sheikh puas hati dgn hafazan n tajwid pljr....

Beginilah juga cara ujian quran yg saya lakukan kepada Abdullah.

Alhamdulillah Abdullah masih mengingat lagi hafalannya yg lama..
Semoga mereka dapat terus istiqamah dalam menghafal al-quran, melakukan ibadah dan amal soleh.
Jutaan terima kaih jg sy ucapkan kepada Blog didikan Al-quran yg sudi berkongsi video ini dalam blog mereka.
Kami juga  mengambil keputusan utk tidak membenarkan anak2 menonton tv w/pun kartun. Sblm ini anak2 ada juga menonton tv, itu pun hya kartun shj...tp kami mengambil keputusan, lebih baik menghalang mereka menonton TV termasuklah kartun.

Sebab ia membaca kepada ketagihan, kurang aktiviti dan banyak kemungkaran dan maksiat yg terdapat dlm tv..Lebih2 lg IKLAN2 dlm TV yg penuh dgn muzik yg haram2 dan aksi yg membawa kpd maksiat..Jd, tv dirumah tidak akan dipasang kecuali utk menonton berita shj..itupun jrg sekali krn selepas maghrib ialah waktu utk Abg Abbudey buat homework dan mengaji al-quran bersama adik..Jd, Tv tidak akan dibuka lgsg waktu itu.


Jadi sekarang, xde lg upin ipin, wonderpets, dora, diego dan lain...Aktiviti bermain @ membaca buku cerita akan dipenuhkan bg mengelakkan Abdullah dan Abdul Rahman membuka Tv...


Semoga langkah ini menjadi jambatan untuk mendidik anak2 menjadi pemimpin bagi org2 yg bertaqwa!

2 comments:

  1. Masyaallah..saya turut merasa bangga dengan kebolehan kedua-dua anak lelaki ini. Usahakan agar mereka bisa bergelar Al- Hafidz dalam masa yang terdekat.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih.
    Sama2lah kita doakan yg terbaik utk anak2 kita InsyaAllah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...