Bismillahirahmanirrahim.
Sebenarnya entry kali ini pernah di siarkan sekitar bulan Ogos dulu. Tapi oleh kerana ada beberapa perkara yg saya kurang jelaskan, jd saya ulang siarkan semula...
Baru2 ni sempat merakam telatah adik Abdullah (3 bulan lg nak masuk 3 tahun) ketika menguji ingatan hafalannya..
Saya buat ujian untuk Abdulah seperti dlm Musabaqah hafazan quran, dimana para peserta akan 'ditebuk' hafazannya dari mana2 surah yg telah dihafalnya..
begitulah cara musabaqah hafazan quran dijalankan..Boleh juga lihat dokumentari ttg muasabaqah hafazan quran di sini:
http://www.youtube.com/watch?v=U9du_ooPNEU&feature=related
Dan ada juga tahfiz yg buat exam quran dlm cara ini...
Abaikan gayanya dan makhraj huruf yg masih belum fasih....
Semasa saya mengambil ijazah sanad al-quran di SYria pada tahun 2003 dulu, begini jugalah cara ujian quran dilakukan untuk mndapatkan ijazah quran. Selepas pelajar mmdenagrkan bacaan hafazan kepada guru hingga sempura 30 juz, pelajar akan dibawa berjumpa sheikh mahyuddin kurdi utk di'tebuk' hafazan dr mn2 saja ayat dlm quran. JIka sheikh puas hati dgn hafazan n tajwidnya, barulah diberi ijazah, kalau tidak, perlu diulang semula ujian, hinga sheikh puas hati dgn hafazan n tajwid pljr....
Beginilah juga cara ujian quran yg saya lakukan kepada Abdullah.
Alhamdulillah Abdullah masih mengingat lagi hafalannya yg lama..
Semoga mereka dapat terus istiqamah dalam menghafal al-quran, melakukan ibadah dan amal soleh.
Jutaan terima kaih jg sy ucapkan kepada Blog didikan Al-quran yg sudi berkongsi video ini dalam blog mereka.
Salam,
ReplyDeleteTerima kasih atas pendedahan cara ujian yang puan sebutkan ni. Sebelum ni saya memang tak tahu tentang ujian 'tebuk' ni. Tahniah! Adik Abdullah dah lulus ujian nampaknya. Bakal ke Cairo nanti, InsyaAllah.
Lina Karim
www.darwishndarwisya.blogspot.com
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeleteterima kasih atas kunjungan Pn.Lina ke sini...
Sy juga mnta maaf kerana terlambat utk menjelaskan perkara ni...
AMINNNN...terima kasih atas doa yg dipanjatkan...Moga anak puan jg akan ke sana juga INsyaALLAH..
Pndpt saya, musabaqah quran adalah satu peluang utk mereka menguji keberanian dan kemantapan hafazan di hadapan org rmi..kdg2 bila diuji hafazan atas pentas, ayat kursi pn blh jd lupa krn terlalu gementar....
Ia jg sbg 1 galakan kpd org lain spy menghafaz quran